Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Bismillah...

Terasa mahu menulis hal ini lagi. Saya kira post-post yang lepas saya juga berkisar akan hal ini. Islah di tempat baru.

Sejak kebelakangan ini, hati ini sering bercampur aduk perasaannya. Terasa futurnya diri walaupun sudah ada beberapa orang akhawat memberikan semangat. Merasakan diri ini cemburu pada duat sekalian yang entah ke peringkat super saiya tahap tertinggi.

Mahukan program-program tarbiyyah dilaksanakan secepat mungkin.
Mahukan mereka yang bergerak kuat tapi kadang-kadang goyah dek cabaran yang dilontarkan sedangkan terlupa mereka juga manusia biasa.
Mahukan mereka berubah seratus satu peratus tetapi terlupa hidayah itu milik Allah dan sudah cukupkah usahanya?

Mungkin terlupa formula-formula ini

USAHA, DOA DAN TAWAKKAL


Dan jawapannya harus ku buka hati ku dulu untuk membiarkan hati mereka terbuka.

Alhamdulillah, ada beberapa ayat yang dapat mengetuk hati saya di saat saya merasakan diri ini semakin kering. Terlalu bimbang kerana sudah lama tidak mengikuti usrah, daurah etc sedangkan ada sesuatu yang dapat menguatkan diri, mutabaah amal dan tarbiyyah dzatiyyah.


1) Apabila kekeringan melanda, beristighfarlah. Dan bertaubatlah. Moga cahaya iman itulah bekalan kamu paling untuk terus menerus menyampaikan risalah dakwah ini. Yang mengisi hati anak-anak binaanmu bukannya ilmu semata-mata, tetapi iman yang kamu kongsikan bersama mereka.
2) berbekallah dengan membaca buku mahupun mendengar mp3.walaupun kamu sudah hafal bait-bait yang diucapkan dalam ceramah-ceramah tersebut. Sorotilah nota-nota lama kamu dan kamu akan dapati banyak bekalan baru di situ.
3) banyakkan perbincangan dengan orang yang sudah lama dalam tarbiyah. Samada membaca penulisan mereka, menulis emel kepada mereka, ataupun berbincang secara berdepan mahupun maya. perbincangan qadhaya ( masalah) inilah terkadang mampu menjadi bekalan buat kamu.
4) ikutilah apa sahaja program-program yang mampu kamu ikuti, samada secara online mahupun tidak.
5) ghairahlah ketika mendapat bekalan baru. Ghairah dalam erti kata passionate= tolakan yang mendesah dan keseronokan yang membara di saat menerima bekalan yang baru. Seolah-olah seorang yang lapar, mendapatkan makanan tersedap di dunia. Dan berbekallah dengan sebaiknya.
6) bersamalah Al-Quran sepanjang masa. Hayati dan tadaburi ayatnya. Bacalah tafsir, dan hiduplah bersama Al-Quran. Di situ, ada bekalan teramat ampuh, yang akan sentiasa meningkatkan diri kamu.(Muharikah)

Terima kasih Allah, terima kasih kak Aisyah:)

p.s.penuhi azam tahun baru:)

In fact, saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita tentang ini. Saya hanyalah insan yang masih bertatih dalam dunia dnT dan saya bukanlah orang yang terbaik untuk menjawab persoalan ini. Malah, isu ini saja mungkin sahaja sudah lapuk dan mungkin boleh dibincangkan di blog-blog lain yang lebih hebat. Tapi, saya ingin berkongsi sesuatu.

Ada orang sudah bertudung labuh ketika di zaman sekolah lagi sebab mungkin sekolah lama sekolah agama dan ada yang memang ditakdirkan anak pakcik makcik ikhwah akhawat. Ada juga yang berkenalan dengan dunia dakwah dan tarbiyyah(dnT), yakni usrah dan sebagainya.

Baru-baru ini ada seorang akhawat bertanya bagaimana mahu bertudung labuh. InsyaAllah akan berkongsi di sini tapi sedikit pengalaman akhawat-akhawat lain yakni yang lebih hebat. Ini adalah kisah benar cuma ditambah tokok sedikit demi sedikit:)


Ada akhawat berubah secara step by step.
Perubahan ini mungkin sahaja dilakukan sebab takut tak istiqamah memakai tudung labuh ataupun tiada tudung labuh. Ada akhawat yang ingin memakai tudung labuh setelah berkenalan dengan dunia dnT. Ada cerita akhawat yang melakukan perubahan dengan hanya meminjam tudung bidang 50 dengan akhawat lain. Mengumpul koleksi tudung labuh sedikit demi sedikit. Kemudian bertukar ke bidang seterusnya, 55 dan 60 sampailah istiqamah memakai tudung labuh sehingga sekarang.

Ada akhawat melakukan perubahan secara ekstrimnya.
Ekstrimnya apabila akhawat ini pernah bersekolah di sekolah swasta yang pada masa itu tiada kesedaran untuk bertudung. Kalau tak silap saya, hanya ada beberapa orang pelajar sahaja yang bertudung . Kemudian apabila menghadiri satu program, beliau tersedar bahawasanya bertudung secara sempurna itu wajib. Ekstrimya apabila dikatakan berubah secara drastik. Terus sahaja pulang ke rumah dan menggunting kain untuk membuat tudung. Ekstrimnya kerana tudung yang dibuat itu adalah tudung labuh.


Cabaran mula bertudung labuh..


Segelintir akhawat berasa malu setelah melakukan perubahan sebab ada kawan-kawan yang memerli mereka apabila tampil dengan penampilan sebegitu. Ada yang pernah dipanggil ustazah. Pernah seorang ukhti cakap ungkapkanlah alhamdulillah apabila dipanggil dengan panggilan sebegitu atau seumpanya. Ada seorang akhawat pernah diperli namun masih terus istiqamah dan apabila ditanya biarkan sahaja caci maki puji muji tersebut.Bersabarlah bersabarlah dan berdoalah moga Allah kurniakan kekuatan untuk menghadapi situasi tersebut. Tanyalah dengan murrabbi masing-masing atau tanyalah dengan akhawat yang lebih berpengalaman bagaimana untuk menghadapi situasi tersebut.

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)



Banyak lagi pengalaman-pengalaman akhawat lain yang lebih menarik. Kalau tak percaya tanyalah akhawat-akhawat lain yang sudah  lama di dalam dunia dnT.
Bukan sahaja bertudung labuh, malah lebih banyak lagi. Tapi biarlah kali ini saya bercerita perihal tudung labuh.

Ada yang tertanya-tanya wajibkah bertudung labuh?
Samalah dengan analogi tali pinggang keselamatan.

Tiada apa yang mampu saya katakan tapi cukuplah tudung yang dikenakan tidak jarang dan menutup dada.
Mintalah fatwa hati kalian....














Wallahualam.
Insan yang masih bertatih...
Akhawat zone...http://akhwatmedic.blogspot.com/search?q=tudung+labuh

Tidak dapat dinafikan, ISK-ini sejarah kita menjadi salah satu wadah untuk menarik para duat ke dunia tarbiyyah. Rata-rata bakal daie akan dimulakan pengisian dengan ISK sebelum ke slot-slot yang lain.


Dengarlah ISK banyak kali pun, insyaAllah benda yang sama yakni sejarah islam akan disampaikan.


Kali pertama dengar, mungkin akan terasa seperti dihempap batu, terbuka minda, dan rasa meluap-luap nak belajar sejarah islam.
Kali kedua dengar, mungkin masih lagi sebagai peserta berusaha memahamkan sejarah-sejarah islam atu nak mantapkan skill penyampaian.
Kali ketiga dengar dan kali-kali seterusnya, ada yang jadi ikhwah akhawat facy dan tak kurang pula ada yang dah jadi penyampai.


Tak kisahlah berapa kali pun, jangan pernah merasa jemu dan bosan.
Kata KH Rahmat Abdullah,


Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Kali-kali seterusnya menghadiri talk ISK, anda akan dapati banyak soalan-soalan baru yang dikemukakan. Ada yang cakap...

1. Kenapa perlu bezakan i kecil dan besar (islam dan Islam). Bukankah itu isu bahasa semata-mata?
2.Apsal perlu diwujudkan sains tulen dan sains sosial?Maknanya kita kenal ambil sains sosial la nie untuk sambung belajar?
3.Bila ada akhawat yang bagi contoh Imam Syafie untuk perkataan faqhihu(faham hukum fiqh), dan Sumaiyyah untuk makna faqhuhu(faham islam) dalam hadis logam ; ada yang menyoal, maknanya Imam Syafie tak faham islam la nie, hanya faham hukum fiqh..adehhh!!!
4.Tak kurang pula ada yang bertanya kenapa perlu belajar muqadimmah tu semua, apa kaitan dengan sejarah sampaikan kena faham telur putih dan telur kuning, sains sosial sains tulen
5.Ada juga yang bertanya soalan soalan luar dari ISK, apa itu perang siffin, perang bla....
6.Ada yang soal sejarah ISK ; bukan sejarah yang ada dalam ISK tapi siapa yang tubuhkan ISK.
7.Macam mana graf itu boleh terbentuk


Macam-macam...

Sebab itu, ada sahaja yang mengelarkan ISK sebagai Ini Sungguh Karut dan tak kurang ada yang buat ikon menangis ISK...ISK...
ISK...ISK...


Apapun, ini adalah soalan-soalan benar yang telah dikemukakan oleh para perserta yang dengar ISK untuk pertama kali, namun tak kurang pula untuk mereka yang kali ke kedua dan ketiga.

Ironinya, tidak pernah terlintas di benak fikiran saya pun untuk bertanya soalan-soalan sedemikian ketika pertama kali menerima pengisiaan ISK dan saya tidak menyangka pun soalan-soalan begini akan ditanya oleh adik-adik. Benarlah seperti yang diungkapkan, anda akan memperoleh 'benda-benda baru' walaupun telah menghadirinya untuk ke berapa kali.


Moralnya, para daie harus mempersiapkan diri semampu yang boleh jika anda sebagai penyampai atau facy-facy ISK supaya tidak terkesima dan dapat menerangkan sebaik mungkin kepada para duat sekalian, supaya mereka betul-betul yakin dengan hujah-hujah kita.


Bukankah kita saling melengkapi???