Salam alaik...
sahabat-sahabat sekalian. Afwan sebab tak update blog. Malam ni terbuka hati untuk menulis sesuatu, berkongsi setakat yang mampu. Biasalah manusia, berubah-ubah. Justeru, jom renungkan doa ini....

"Ya Allah, jangan pesongkan hati kami setelah Kau beri petunjuk kepada diri kami"

Luaskan minda kita dengan maksud doa ini.
Dulu kita istiqamah dengan mengaji setiap hari...
Dulu kita istiqamah dengan solat-solat sunat setiap hari...
Dulu kita istiqamah dengan amalan-amalan mutabaah kita..

SEKARANG...
Musim cuti. Ke mana perginya diri kita yang dulu itu?
Nauzubillah...
Oleh itu...jom doa sama-sama agar Allah tidak pesongkan hati kita setelah Allah buka pintu hati kita untuk teruskan amalan-amalan sunat ini.

Bukan semua yang dapat memberi lebih daripada menerima.
Saya tak mahu tujukan kepada sesiapa pun cukuplah diri ini yang begitu kerdil. Situasi saya sebagai pelajar memang tak lari daripada ini. Selalu merungut ketika ditimpa kesusahan. Antaranya...

"Bila nak masuk duit JPA ni?"
Wah, macam JPA cop duit pula...
Tapi pernah tak kita mengeluarkan duit itu kepada jalan-jalan yang diredhai Allah?
InsyaAllah pernah ya sahabat...

Ramai orang yang takut memberi sebab...

1. Takut orang yang diberi itu akan hidup senang lenang daripada kita.
2. Takut kita hidup susah kalu memberi pada orang lain.
3. Saya tiada apa-apa untuk diberi.

Ini adalah persepsi manusia yang pernah dibahaskan. Menyempitkan konteks kepada pengertian rezeki. Padahal rezeki itu sangat luas kerana Allah itu Maha Pemberi Rezeki. Antara satu perkara yang boleh disumbangkan ialah menulis blog. Pernah seorang ukhti berkata kalau orang tulis blog mesti cerita pasal diri dia. Ya...Mungkin ada yang begitu, tapi boleh jadi cerita hidup dia membuka hati seseorang untuk mendekati Allah. Si penulis juga haruslah menyumbangkan sesuatu yang berguna walaupun ianya hanya sebesar biji sawi. Ada juga sahabat berkata saya tiada bakat untuk menulis, macam mana ya? Tapi pernahkah kita mencuba?Boleh jadi ketika seseorang membaca penulisan anda, hatinya akan tertarik untuk memahami islam sefaham-fahamnya. HATI MANUSIA ALLAH YANG PEGANG.

Luaskan minda kita dengan apa yang boleh diberi. Sebagai pelajar mungkin memberi sekadar kemampuan kita. Boleh jadi...

1. Senyuman yang ikhlas.
2. Nasihat yang berhikmah.
3. Sokongan kearah kebaikan.
4. Kata-kata yang berhikmah di laman web sosial seperti facebook.
5. Berdoa kepada sahabat kita.
6. Membantu rakan-rakan dalam subjek tertentu.

Apa yang disenaraikan hanyalah sedikit jika nak dibandingkan dengan rezeki Allah Yang Maha Luas. Ayuh, ceriakan kita dengan memberi.