Sejak kebelakangan ni, hatiku kosong semacam..SEPI..Ku berfikir-fikir mencari jawapan..YA ALLAH, adakah imanku di tahap yang rendah??Cuba berbaik sangka dengan-Nya yang Maha Kaya dengan nikmat yang tak terhingga...Ku mencari-cari kesalahan diri..Asgtafirullah2xxx....Sehinggalah hari ni..Maha suci Allah, inilah yang saya cari-cari. Kehilangan biah solehah yang agak lama..

THE POWER OF MIND...
Menyingkap balik kepentingan menghafal Al-Quran dan teknik-teknik yang sesuai. Alhamdulillah, banyak rintangan yang ku tempuhi sepanjang perjalanan menuju ke sana. Mula-mula saya rasa malas je nak pergi sebab masalah pengangkutan. Ingatkan tak jadi, tapi dengan izin-Nya dapat gak aku pergi. Pastu sesat pula kat Shah Alam bersama 2 orang lagi sahabat. Tapi syukur lagi bila pak cik taxi tu x cas tambang lebih..hehehhe...

Sampai kat sana dengan perut yang lapar, ku dan sahabat-sahabat apa lagi makan terus..Pastu kami ada slot ngan seorang bakal doktor dari IMU. Menarik la bila kait Al-Quran dan sains.

كَلَّا لَٮِٕن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعَۢا بِٱلنَّاصِيَةِ (١٥) نَاصِيَةٍ۬ كَـٰذِبَةٍ خَاطِئَةٍ۬ (١٦)

No!If he does not stop, We will take him by the naseyah (front of the head) a lying, sinful naseyah (front of the head)

Apa masksud ayat ni?kalu ikut sains otak yang tafsir maklumat kan..Bahagian cerebellum dan cerebrum.. So ayat nie cite otak yang dapat menafsir baik dan buruk. Memang Allah dah cakap, kagum kan...

Pastu masuk pulak teknik-teknik menghafal. Banyak la cara. Lepas tu pulak baru cerita banyak kelebihan ayat quran. Dulu saya tertanya-tanya, kenapa kena hafal quran ye?? Terjawab sudah persoalan hari ni. Akhlak yang mulia tapi kita hafal dan amalkan. Pastu kalu nak belajar pun senang la..Allah terangkan hati kita..Banyak la hikmah-hikmah menghafal ni.

PETANG

Slot yang sangat menarik selain games. "FORUM MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA".
Para panel kita orang yang hebat-hebat..Hafiz dan para hafizah..Yang amat saya kagum, panel kita seorang hafiz yang berumur 13 tahun. Bayangkanlah dah hafal 30 juzuk..Saya sangat teruja masa tu..X dapat nak diluahkan dengan kata-kata..Pastu 2 orang ukhti lagi..Sorang tu pelajar jurusan bioteknologi. Suka sangat bila dia cakap memang Allah dah cakap dalam Quran kalu nak hafal al-Quran, bukan tak boleh tapi kena ada keazaman yang sangat kuat...

فَتَعَـٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّ‌ۗ وَلَا تَعۡجَلۡ بِٱلۡقُرۡءَانِ مِن قَبۡلِ أَن يُقۡضَىٰٓ إِلَيۡكَ وَحۡيُهُ ۥ‌ۖ وَقُل رَّبِّ زِدۡنِى عِلۡمً۬ا (١١٤) وَلَقَدۡ عَهِدۡنَآ إِلَىٰٓ ءَادَمَ مِن قَبۡلُ فَنَسِىَ وَلَمۡ نَجِدۡ لَهُ ۥ عَزۡمً۬ا (١١٥)

Maka Maha Tinggilah Allah, yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Benar (pada segala-galanya) dan janganlah engkau (wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadamu dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku. (114) Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. (115)

Ukhti tu cakap ayat ni yang menjadi pencetus nak hafal Al-Quran. Pengalaman ukhti-ukhti semasa di Yaman. Sangat menarik la..Pastu bila dengar ukhti sorang lagi, sejak dari umur 2 tahun setengah mula menghafaz dan kena hantar kat palestin..Tak dapat ku bayangkan..

IBRAH

1.Bacalah Quran dan hafal dan faham makna. Biar sedikit tapi hafal.
2.Keazaman dan keinginan sangat penting untuk hafal al-Quran.
3.Kalu nak hafal al-Quran mulalah sejak kecil. Jadi walaupun kita tak dapat peluang
nak hafal sejak kecil, bagilah peluang tu kat anak-anak kita nanti.

Gunakanlah peluang yang sebak mungkin selagi ada..
Masih belum terlambat lagi kalu kita nak jadi cam dorang...
Setakat ni saja dari ana..Peringatan buat diri ini juga..
Maaf di atas kekhilafan.