Saat ini, saya tak tahu untuk mengungkapkan kata-kata tentang apa yang dirasa.


Bercuti selama 3 bulan selepas 'peristiwa itu' di kolej lama, kemudiaan bakal menyambung cita-cita di tempat baru beberapa hari lagi memang teramat sukar. Lupakan peristiwa itu.


Tempat baru


Rasa bersemangat sekali untuk memulakan hari-hari baru dengan kaca mata dnT di tempat baru. Tidak sabar untuk bertemu dengan orang-orang dnT dan juga ingin sekali memulakan tugas sang murabbi setelah sekian lama bercuti.


Tapi ada kalanya, saya rasa takut memikirkan suasana baru, siapa akan saya temui terutamanya akhawat-akhawat dan merasakan diri keseorangan.Sedikit sebanyak hal ini merungsingkan saya atas sebab-sebab tertentu atau mungkin saja hanya saya yang bersangka demikiaan. Perasaan sentiasa bercampur baur.


Kata seorang akhawat..


Expect yang terbaik. Permulaan yang baru manfaatkan....


Saya berusaha menyangka yang baik, berharap akan bertemu akhawat-akhawat di sana dan juga bakal-bakal daie. Ayat 286 surah al baqarah sentiasa tergiang-giang.Tapi kadang-kadang terselit rasa gelisah. Jelas diri rasa futur bila merasakan diri ini bersendirian apabila akhawat-akhawat lain tercampak di kolej lain.


Bersangka yang bukan-bukan.
Nauzubillahiminzalik


Tidak sedarkah saya bahawa apa-apapun bakal terjadi, Dia yang paling  dekat sekali.
Tidak sedarkah saya bahawa Allah mengikut sangkaan hamba-hambaNya.


Rasa semangat jatuh merundum...


Tapi Allah itu akan Maha Penolong. Baru sahaja menerima khabar gembira. Saat dikhabarkan ada beberapa orang akhawat senior di sana tadi, perasaan berbunga-bunga. Macam orang bercinta kot. Bersemangat lagi bila ada akhawat cakap...


jadilah seperti nila yang pekat. Jatuhnya setitik membirukan sebelanga air, awak tercampak ke mana pun, 'birukan tempat itu ye. Contohi jaafar bin abi talib r.a., mus'ab bin umair r.a., dan abu dzar al-ghifari r.a. yang menjadi nila islam.


Oh, saya mahu menjadi nila yang dikhabarkan itu. Saya mahu bersangka baik dengan Allah.


Moga saya dipertemukan dengan daie-daie di sana, bakal-bakal akhawat dan juga para al hawariyyun.
Moga segala urusan saya sebagai daie dan pelajar perubatan di sana berjalan dengan lancar.


Sedar perasaan gembira ini pun satu ujian dan bukankah Dia telah berfirman,  tidak beriman seseorang itu selagi belum diuji.


InsyaAllah doakan saya terus thabat, bersemangat waja di sana..:)




Ibrahnya


Orang cakap nak seribu daya, tak nak seribu dalihkan. Sama macam kes ni, kadang-kadang kita sendiri yang kena bergerak nak cari akhawat-akhawat di sana, dengan siapa untuk kita berusrah walaupun ada murrabbi yang membantu nak pass nama dekat jemaah di sana. Pengalaman pun satu tarbiyyah kan.?


Wallahualam


p/s:Terima kasih untuk mereka yang sentiasa mendoakan saya, hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Post ni tak ditujukan kepada siapa-siapa tapi pun tapi gelora jiwa saya sendiri.Hehe...