Malam ni saya banyak habiskan masa depan laptop. Langsung tak buka notes untuk esok. Kenapakah begini? Jujur saya katakan saya tidak sabar menunggu esok. Saya tidak tahu kenapa. Malam ni saya saya banyak baca blog orang, baca cerpen. Baru tahu sejarah revolusi mesir dan Tunisia dengan agak jelas. Malam ni juga ada tajuk yang diperbahaskan dengan sahabat saya. Tentang solat jamak selain dari musafir. Berikut adalah emel dari sahabat lain apabila saya ragu-ragu tentang status ini.

EMEL

btw, based on artikel yg G link kan tu
G bace smpai habis tak?
kalu hadam betol2 memang btol la artikel tu
memang sahih.
lagipon kelas Agama baru2 ni G ade tak?? ingat tak ape yg Ustaz Alias Othman ckp psal solat jamak??bkn solat Qosor tau. jgn salah anggap, jamak stil 4 atau tiga, bukan 2 rakaat. n ape yg memboleh kan jamak

cumenye.. masalah bdk2 CUCMS ni... tak sama dgn budak2 overcea misalnye.. suke sngt memudahkan islam mentang2 la ckp Islam tu mudah
nak kata tak de masa langsung utk solat -sebab kononnye kelas memanjang makan 2 waktu solat- cm tipu gilerrrrrrrr!
kt cucms tak jadi kot bende tu
melainkan lecturer non muslim ade buat .. tp cm impossible jeeerrrr sb dyeorng pon mesti nk rest jgak kot
lagi plak masa utk solat kan pnjang, cm sngt mustahil utk ckp xsempat nk solat! hahaha
tp kalu baca atikel tu, memang tepat la ape yg dihuraikan, dan pd pendapat akak, mrk bukan syiah! jelas2 bukan akak rase.. lg plak dye brhujah jugak dr plbagai sudut ulamak dan salaful soleh [ahli sunnah waljamaah]

"Memang, dibenarkan melakukan jamak antara dua sembahyang kerana kepayahan dan kesusahan, selama tidak dijadikan sebagai adat berdasarkan pendapat rajih dari kalangan ulamak pentahqiq. Dan ini sebenarnya berlainan samasekali dengan mazhab Syiah yang mengatakan pengumpulan waktu-waktu sembahyang untuk setiap dua sembahyang........]" TIDAK DIJADIKAN ADAT KEBIASAAN!!!

"Pengharusan jamak adalah berbeza antara Ahlus Sunnah dan golongan Syiah. Di mana ahlus sunnah membolehkannya atas sebab hajat, seperti kesukaran dan keuzuran. Sedangkan golongan Syiah membenarkan jamak secara mutlak, tanpa syarat."

memang btol jgak ape kes yg diutarakan, psal kuliah tu.
penyelesaian nye memang valid, sb itu jgak cara yg ustaz Alias Othman bgtau baru2 ni..
mostly kite tak kan smpai tahap cm dlm kes student2 Oversea yg trpaksa teruskan exam ke ape utk menjamak kan solat kite.
tp ia applicable utk doktor yg tlibat dgn kes2 berat, tpaksa makan seluruh masa solat utk stu surgery yg sngt lama ke ape ke.. memang boleh jamak, tp ingat BUKAN DENGAN MENQODHO KAN SOLAT! TAK BOLEH QODHO! NIATNYA ADALAH JAMAK!

Untuk keterangan lebih lanjut,


UKHWAH

Lepas tu baca blog akhawat, sangat tersentuh dengan apa yang di tulis walaupun sempoi-sempoi. Terasa manisnya ukhwah itu kerana Allah. Bukan semua orang boleh berada dalam biah solehah,bukan semua orang dapat keluarga yang memahami, bukan semua orang dapat apa yang baik-baik untuknya tapi percayalah ada hikmah di sebaliknya. Ada sebab kenapa Allah mencampakkan seseorang itu dalam suasana jahiliah setelah dia selesa berada di zon solehah. Masa itulah baru kita tahu adakah kita mampu melaksanakan tanggungjawab yang telah digalaskan.

Apapun doakan yang terbaik untuk saya, anda dan kamu.

Bismillah...

Minggu ni saya berholiday di rumah selama seminggu. Sangat best bila bercuti di rumah. Ada yang mungkin bosan sebab rata-rata cuti uni tak sama dengan cuti sekolah. Mungkin tiada adik-adik untuk bermain atau teman lain tak bercuti sama. Bagi saya, saya memang kekurangan teman untuk keluar berjalan-jalan memandangkan ramai kawan saya yang majoritinya orang kelantan. Nilah nasib merantau di negeri orang.Heheh..Papepun saya masih bersyukur. Ada ibu yang tak bekerja dan adik yang boleh menemani. Taklah rasa kebosanan sangat walaupun adalah jugak.

2 hari yang lepas, saya ikut ibu saya menolong nenek di kedai. Sempatlah saya jumpa dengan teman saya, ika. Kongsi-kongsi cerita pasal rakan-rakan masa kat maktab dulu. Bangga sebab ramai yang dah fly. Bakal doktor, engineer, pendidik,akauntan...Moga kejayaan ini kejayaan untuk islam. Afwan juga untuk semua sahabat dulu di maktab, bukan tak nak contact tapi segan.

Masa kat kedai, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu melambung. Terkejut!!!Rupanya ada sebuah motor langgar sorang pakcik. Ramai yang mengerumuni dan saya lihat ada orang yang mengangkat pakcik tu. Masa tu saya tak taw nak buat apa pun. Nak call ambulans ada orang da call tapi saya rasa saya kena buat sesuatu sementara tunggu ambulans pun sampai. Rasa tanggungjawab tu ada walaupun belum jadi doktor, mungkin tanggungjawab sesama muslim.

SEMALAM

Saya pulang ke rumah nenek dan saya terima satu berita. Pak cik tu dah meninggal pukul 6 petang semalam. Masa tu saya rasa terkilan sangat. Mungkin ada sesuatu yang mampu saya lakukan sebelum menunggu ambulans datang. Rasa menyesal sebab tak bagi tumpuan masa guru menerangkan pertolongan cemas dan rasa menyesal sebab tak join kelas basic life support kat uni. Mungkin itu takdirnya dan mungkin itu salah satu tarbiyyah buat diri saya supaya lepas ni beri tumpuan dalam kelas. Sebenarnya,memang saya tak menjangkakan kematian pak cik kalu dilihat kecedaraan luar yang menimpa dirinya. Doktor cakap ada pendarahan yang berlaku sehinggakan darah keluar melalui telinganya.

Bila hal ini berlaku, teringat kisah Prof Latif. Dia cakap masa tu lecturer sedang menerangkan kepada student jangan bagi potassium kat patient ni sebab akan membawa maut. Tapi kawannya hanya mendengar perkataan potassium dan akhirnya si kawan memberi potassium kepada patient. Rasanya semua boleh taw apa yang berlaku lepas tu kan. Sebab tulah dia cakap satu benda dia minta supaya student medic please pay attention in class. InsyaAllah lepas ni kita sama-sama ikhlaskan diri untuk belajar supaya lebih mudah ilmu meresap ke segenap jiwa kita.

To bakal-bakal physician...
Masa orang lain bercakap pasal isu ini, macam-macam hal yang diungkitkan. Ada yang cakap berkemungkinan salah doktor sebab lambat bagi treatment dan mereka pernah berpengalaman merasainya. Masa tu clueless sebab saya bakal menyertai bidang ini satu hari nanti. Nanti bila nak jadi doktor, jadi doktor muslim yang terbaik ye.

IBRAH

1.Lepas ni bagi tumpuan dalam kelas. Kalu tak dapat fokus, mungkin boleh cari alternatif lain supaya point2 penting tak tertinggal.
2.Join aktiviti yang penting seperti basic life support rather than sunathon.
3.To myself,perlu ikhlaskan diri dan bila masuk clinical years nanti or bertugas sebagai pegawai perubatan supaya hak kita untuk Allah, islam dan orang lain terlaksana sebaik mungkin.

Wassalam..
Entri ni tulis semalam, baru sempat edit dan post hari ni.
kepada kawan yang bawa motor dan kereta, hati-hati di jalan raya