Terasa sebentar saat ku berchatting dengan sahabat tadi. Sudah lama tak bertemu namun saat-saat kami mengorak langkah tahun lepas masih terasa dalam hatiku. Perkenalan ku dengan sahabat bukanlah sedekad mahupun seabad namun atas dasar ukuwahfillah kami bertemu. Tahun lepas, setelah beberapa hari SPM diumumkan masing-masing sibuk mencari tajaan yang sesuai untuk menyambung pelajaran di peringkat universiti..JPA,MARA,PETRONAS,YAYASAN NEGERI,BANK NEGARA....masing-masing berusaha..Aku apalagi terus mengikut kitaran robot tanpa mengerti nilai sebenar biasiswa. Keputusanku hanya melayakkan daku memohon biasiswa jpa dan juga yayasan terengganu. Di saat itulah aku mula kenal dengan sahabat memandangkan rumahku tidak dilengkapi kemudahan internet. Maklumlah,dunia sudah serba moden..Apa sahaja memerlukan perkhidmatan online termasuklah borang tajaan jpa yang akan ku isi. Dia merupakan anak didik ayahku. Pertama kali menjejakkan langkah ke rumahnya, aku kagum... Keeratan ukhwah kekeluargaan dan apa yang paling aku kagum semangat seorang bapa apabila melihat seorang anak berjaya. Bayangkan ayah dia sanggup mengambil cuti selama seminggu untuk menghantar kami ke hospital untuk program tajaan, bukannya dekat..Perjalanan yang agak memakan masa selama satu jam. Kami sama-sama memilih bidang yang sama memandangkan masing-masing sudah punya minat yang sama. Alhamdulillah bidang yang kami pilih memerlukan kami meninjau kerjaya seorang doktor di hospital Sultanah Zahirah. Nak dijadikan cerita, kami dapat berada dalam satu group. Hari pertama dapat kes kemalangan yang agak teruk. Selama ni belum pernah ku lihat depan mata kes sebegitu. Kesian melihat seorang yang ku angap masih belum kecapi zaman remajanya yang terpaksa dipotong sebelah kaki. Semoga adik tabah hadapinya. Saat itu hatiku berbelah bagi, betulkah pilihanku ini?Menjadi seorang doktor islam apabila memikirkan cabaran sebenar. Namun ketenangan yang diutuskan oleh Allah melalui sahabat membuatku nekad dengan pilihanku. Sepotong ayat quran yang merupakan janji Allah terhadap hambanya cukup menjadikan aku kembali bersemangat.4 hari yang ku tempuhi sangat bermakna. Masa tu aku tak pikir apa kaitannya dengan situasiku sekarang tapi aku tahu itu janji Allah.

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ 286.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Beberapa minggu kemudian...
Debaran kian terasa apabila jpa membuat pengumuman keputusan piln akan keluar esok hari. Nak dijadikan cerita, piln ku berubah jadi pidn. "Akak dapat taw biasiswa jpa tapi lam negara". Aku gembira tapi dalam masa yang sama hatiku kecewa apabila berita ini disampaikan kepadaku. Sahabatku pula mendapat tawaran ke Mesir. Masa tu agak kecewa apabila kami tak dapat tempat yang sama apatah lagi perbezaan yang begitu ketara. Dia luar..Aku dalam.. Namun,akhirnya aku redha. Allah itu Maha Adil.Boleh jadi apa yang kita rasakan yang terbaik untuk kita tapi bukanlah terbaik untuk kita sebab Allah itu Maha Mengetahui. Aku kagum dengan sahabatku. Bukan menolak takdir Allah yang telah ditetapkan, tapi kagum melihat dirinya yang tabah di negara orang menghadapi cabaran emosi dan fizikal. Aku pun tidak tahu adakah diriku mampu kuat sekiranya aku berada di tempat sahabatku itu. Teringat seketika para Nabi dan sahabat menghadapi tentangan orang-orang kafir yang lebih hebat ancamannya jika nak dibandingkan dengan cabaran yang kita hadapi sekarang. Betullah janji Allah sepertimana yang sahabatku luahku.

Sahabat, terima atas segalanya. Walaupun perkenalan kita baru bermula, insyaAllah akan terus berkekalan demi perjuangan yang belum selesai. Doakan daku agar berjaya dunia akhirat, agar aku setabah Aisyah dalam menghadapi fitnah, agar aku setabah Sumaiyah dalam menegakkan yang hak. InsyaAllah panjang umur bertemu kembali demi ukwahfillah. RINDUFILLAH KAMU...

Semalam, alhamdulillah aku selamat tiba ke kampung halaman tepat jam 2.50 pagi. Perjalanan ku yang mengambil masa kira-kira 12 jam ku tempuhi dengan penuh sabar. Bermula dengan penuh kesesakan di dalam komuter selama hampir 3 jam..Beginilah nasib menjadi anak perantauan. Namun aku terima takdir ku dengan penuh redha. Mengangap ianya sebagai satu perjuangan untukku lebih kuat dan tabah menghadapi realiti dan kehidupan di dunia luar.
Aku mula tinggal jauh dari keluarga setelah mendapat tawaran ke MRSM Kuala Krai daripada tingkatan satu hinggalah habis SPM. Di situlah segala cabaran,suka duka ku hadapi bersama-sama rakan-rakan. Segala kejayaan yang ku kecapi dengan izin Nya serta tunjuk ajar guru dan rakan-rakan akan ku ingat hingga ke akhir hayat. Rindu mengenangkan saat-saat itu. Masakan Kelantan yang agak manis dan loghat Kelantan hampir sebati dalam diriku hinggakan aku menganggap Kelantan sebagai rumah ke dua buatku.Kemudian aku meneruskan pengajian di Sunway University College buat masa sekarang dan insyaAllah kiranya ada rezeki buatku, akan ku sambung jua di Monash University.

Sahabat, perjalanan hidup ini sangat indah yang sudah dicatat sejak azali lagi..Sudah ditetapkan Allah dan kita sebagai hambanya haruslah berusaha dan bertawakal..Bayangkanlah saat-saat saya menekan abjad-abjad untuk menulis ini pun sudah ditentukan..Subhanallah..Anggaplah hidup ini satu perjuangan walaupun ia penuh kepahitan..Syurga akhirat menanti mu di sana..Sesunnguhnya Allah tidak akan membebani hambanya dengan beban yang tidak dapat ditanggung..Itulah janji Allah..

Buat sahabat-sahabat, selamat bercuti dan manfaatkan masa yang ada..InsyaAllah kejayaan milik kita semua..

ASSALAMUALAIKUM........



alhamdulillah akhirnya dengan izin Allah SWT saya dapat mereka sebuah blog untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman dan info-info yang berguna demi pembangunan islam..Mula-mulanya hati saya berbelah bagi sama ada untuk mereka blog ini atau tidak.Saya takut jika diri ini melakukan perkara yang sia-sia.Pada satu hari, hati saya tiba-tiba tergerak untuk membaca blog seorang sahabat.Subhanallah, blog sahabat itu sangat menarik dengan perkongsian yang sangat berguna dan alhamdulillah hati saya terpanggil juga untuk berkongsi.Saya bukanlah seorang yang hebat namun sebagai hambanya yang kerdil, insyaAllah selagi hayat dikandung badan saya akan terus berkongsi..Segala pandangan yang baik sama ada untuk menegur diri ini atau seumpanya ke arah islam saya alu-alukan..Salam perkenalan buat semua.





BISMILAHIRAHMANNIRAHIM



7 Februari 2010 ,alhmadulillah saya masih berkesempatan untuk bernafas di mukabumi ini..Sesungguhnya Allah masih memanjangkan usia hamba di muka bumi ini sebagai seorang khalifah dan terus beribadat walaupun hambanya ini masih lalai dengan urusan keduniaan..Nauzubillahimanzalik..Semoga kita terus dengan tujuan hidup kita yang sebenarnya..



Semalam yang saya kira hari yang agak bermakna. alhamdulillah, saya berkesempatan mengikuti program lawatan ke rumah tunas harapan di Kuala Selangor.Terima kasih kepada SUCI SOCIETY kerana mengadakan aktiviti seumpama ini..Perjalanan kami agak lama kerana sesat seketika namun masih tidak mampu mengoyahkan hati-hati ini..Pertama kali menjejak kaki di rumah tunas harapan, hiba perasaan ini melihat wajah-wajah yang tidak mempunyai ayah atau ibu atau keduanya..Teringat seketika umie di rumah..Terima kasih ya Allah kerana masih mengurniakan ibu yang terbaik buatku..



Maryam, Syafikah, Erissa dan Vani..akak teringin ingin mengetahui cerita sebenar mengenai keluarga kamu namun akak takut kalian semua akan tersinggung tetapi sebaliknya terjadi..



"Akak tak nak tanya ke kenapa kitaorang ada kat sini"

Tulah ayat yang Maryam luahkan kepada sahabatku..Sungguh tabah kalian, moga-moga kalian semua dapat syurga dunia dan akhirat..InsyaAllah, dan Maryam moga adik dapat juga bertemu ibu adik satu hari nanti.Terpegun seketika melihat kecantikan Erissa..Subhanallah..Semoga Erissa dapat menjaga nikmat yang Allah kurniakan..Syafikah, jangan sedih..tabahkan hati ini dalam menghadapi dugaan.Sesungguhya Allah Maha Mengetahui hikmah di sebaliknya..



Sahabat, andai diri ini diberi peluang, insyaAllah saya akan mengikuti program ini lagi..Terima kasih juga buat kalian kerana ukhwah persahabatan sangat saya rasai..insyaAllah bertemu lagi..



DON'T WORRY, BE HAPPY..



"Dan Allah berfirman,Aku bersamamu.......