Showing posts with label myself. Show all posts
Showing posts with label myself. Show all posts

Minggu ini adalah minggu yang terakhir bagi modul metabolism, maka exam pagi tadi menandakan berakhirnya semester 1 di sini. Maka, 2 minggu ini merupakan study week untuk kami kami di sini.

Sejak 3 minggu lepas, saya dihujani dengan kesibukan yang tak putus-putus. Sibuk dengan ujian dunia namun InsyaAllah jika disandarkan dengan niat yang ikhlas dan jalan yang betul, Allah akan membalas semua pengorbanan ini. Sibuk dengan program insahniah bersama adik-adik MRSM, projek TITAS dan juga projek ENGLISH. Dan esok merupakan hari presentation untuk TITAS dan English.

Kucar kacirnya hidup saya sejak kebelakangan ini, mungkin sudah tiba masanya untuk saya bermuhasabah.


Sesungguhnya manusia itu tergesa-gesa....(al isra : 11)

Betul lah manusia itu memang bersikap terburu-buru.

Peristiwa 11 januari lepas betul-betul meninggalkan kesan di hati. Kerana sikap terburu-buru, saya dan housemate terlibat dalam satu kemalangan. Ok, over sedikit di situ.  Sebenarnya kemalangan kecil aka jatuh motor. Dek kerana hal kecemasan yang tak dapat dielakkan, saya membawa motor yang sangat laju dan tidak sempat menekan brek untuk masuk ke selekoh. Ye, memang sangat laju. Kalaulah meter motor tu tak rosak, memang anda akan nampak jarum berada pada nombor terakhir. Hoho...Forgive me my friend for making u injured.

Alhamdulillah, kami terselamat buat kali kedua. Tiada patah tangan dan kaki cuma luka kaki dan tangan dan tangan sebelah kiri terkehel sedikit. Jazakillahu khair kepada semua yang membantu bermula dari tempat kejadian sampailah dalam proses penyembuhan ini. Mereka yang menghantar hingga ke klinik, yang tolong mencuci luka, yang tolong membuka pintu dan banyak lagi yang tak akan habis nak disebut. Hanya Allah yang membalas jasa kalian semua.:)

Pada post yang lepas, saya ada menceritakan kes kemalangan yang hampir meragut nyawa kami. Dan apabila menerima komen dari seorang akhawat adakah berbaloi untuk Allah selamatkan kita dengan usaha yang sedikit sekali. Kadang kala masih berkira-kira untuk bekerja di jalan dakwah dan tarbiyyah. In fact, memang saya tidak layak sekali.

Kadang-kadang soal diri sendiri...
Masih teragak-agak ke nak pergi usrah, konferens riang bila musim peperiksaan tiba?
Masih teragak agak ke nak pergi berukhwah ?
atau masih teragak-agak nak bangun solat subuh pukul 6(sekarang)?

Yang maha membolak balikkan hati, peliharalah hidayah yang kami terima...


Wallahualam

p/s : doakan kami untuk exam yang akan datang

p/s : doakan kami cepat sembuh:)

p/s :doakan kami terus thabat di jalanNya

p/s : tak tahu trauma atau tidak nak bawa motor lagi selepas ni...

Post cinta ke?

Bukan....bukan....

Sejak akhir-akhir ini saya sering dihujani soalan yang sama terutamanya dari rakan sekolah menengah. Macam mana boleh terlibat dengan usrah atau lebih spesifiknya gerak kerja dnT? Saya bukanlah berlatar belakangkan keluarga yang sememangnya ada pakcik makcik orang kuat jemaah..IKRAM, ISMA etc, apatah lagi tak pernah kenal erti tarbiyyah pun sebelum ini. Bukannya saya mahu membuka pekung di dada tetapi biarlah saya coretkan kisahnya moga saya lebih menghargai nikmat yang Allah bagi ni.

Kisahnya bermula sebaik sahaja saya tamat SPM. Saya dan seorang rakan ketika itu sedang menghadiri satu temuduga bawah yayasan pelajaran mara. Sebelum itu, saya dimaklumkan oleh mak sepupu saya bahawasanya ada sebuah kem akan berlangsung selama 2 hari di salah sebuat pusat peranginan di Terengganu. Saya teruja memikirkan bahawa itu adalah kem yang jenis nak lepas tension after SPM apatah lagi tiada apa-apa bayaran yang dikenakan. Bayangkan semua free, tepi pantai pulak tu siapa tak nak pergi kan? Apalagi, malam sebelum itu saya memang sudah mesej beberapa orang rakan untuk turut serta tapi Allah itu Maha Berkuasa kan, hanya seorang sahaja rakan saya yang dapat turut serta.

Ok, kami tiba hampir waktu tengahari dan tertinggal satu slot gara-gara menghadiri temuduga. Pertama kali saya sampai, saya rasa malu dan kaget. Tertanya-tanya dengan rakan kem apakah ini?Terkejut sebab tengok semua orang pakai tudung labuh. Hanya kami berdua sahaja yang pakai biasa-biasa sahaja.

Mula sahaja sesi kedua, seorang akhawat menerangkan kepada kami apa yang kami ketinggalan. Saya sudah agak pelik disitu kenapa akak itu beria-ia mahu menerangkan apa yang kami ketinggalan. Seolah-olah ia amat penting sekali. Saat sesi taaruf dengan akhawat-akhawat semua, saya sekali lagi rasa teruja. Disebabkan pemikiran yang terlalu sempit ketika itu, saya hanya menyangkakan bahawasanya mereka semua adalah graduan dari negara arab bila mereka mengaku mereka graduan overseas. Tidak sama sekali, sangkaaan saya meleset. Mereka semua rata-rata akhawat UK. Mantop...

Sebaik sahaja habis pengisian, barulah semuanya jelas apa yang cuba disampaikan. Rasa macam dihempap batu di atas kepala. Tak perlulah diceritakan secara detail tetapi dari saat itulah saya tahu erti tarbiyyah, erti dakwah, erti hidup sebagai seorang hamba Allah. Saya masih ingat apa yang akhi itu cakap "selepas ini kamu nak cakap dengan orang ibarat ayam dengan itik bila kamu dah faham" . Maksudnya tak semua yang kita hendak sampaikan orang akan faham sebab meraka tak faham betul-betul.

Syukur-syukur alhamdulillah saat saya masih terkapai-kapai ketika itu, Allah sentiasa menolong. Akhawat-akhawat tak pernah ketinggalan nak follow up adik-adik mereka. Saya hadir boleh dikatakan setiap perjumpaan sehinggalah saya melanjutkan pelajaran di peringkat foundation.

Sekali lagi, saya diuji bila dicampakkan ke sebuah kolej yang islam itu sangat asing sekali. Kali pertama menjejakkan kaki di sana, saya mencari-cari orang yang memakai tudung atau lebih tepatnya orang islam. Semuanya 'pelik' sehinggalah saya masuk ke dewan. Bertemu juga beberapa orang students melayu.

Dan disini Allah tidak jemu-jemu untuk terus menyayangi hambanya. Tanpa kenal rupa dan siapa, dan hanya mesej sebagai perantara, ada akhawat yang sudi untuk mengikuti perkembangan saya di sini. Tak sangka ada akhawat UPM ambik no fon saya dekat sister yang saya follow up dekat Terengganu.

Cantik kan aturan Allah...

Di sana, saya belajar erti perubahan, erti ukhwah yang hanya semata-mata kerana Dia. Walaupun islam itu dalam keadaan asing, bilamana saya sendiri tak dapat bezakan bahawa si fulan ini adalah orang islam tapi saya rasa kuat untuk terus bermujahadah di sana sebab masing-masing merasakan bahawa islam itu tergugat. Benarlah, hati akan menjadi tenang apabila dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang solehah. Hati akan lebih mudah untuk tersentuh. Hati lebih mudah untuk bekerja melakukan kebaikan.

                                                      saya nak cari usrah ni, nak p daurah ni?

Dan apabila saya terpaksa berpindah ke kolej lain untuk menyambung pelajaran di peringkat degree, saya diuji dengan suasana yang berbeza. Saya masih dipertemukan dengan akhawat-akhawat di sana. Saya tidak mahu untuk bercerita apa yang berlaku di sana tapi cukuplah hanya nak cakap kita tak perlu menunggu hidayah Allah itu datang bergolek. Tidak perlu menunggu untuk orang bermesej untuk mendapatkan usrah, berukhwah dengan kita tapi carilah semua itu sendiri, minta pertolongan supaya ditemukan dengan rakan-rakan sefikrah dan biah yang solehah.
Jangan jadi seperti saya yang bagaikan menunggu buah durian gugur....

Kini, insyaAllah tidak lama lagi saya akan meneruskan pengajian di kolej yang baru.
Moga saya dapat terus kekal di jalanNya di sana.

Sekali lagi nak cakap cantik kan aturan Allah....

p/s : mr T stand for tarbiyyah...

Sebagaimana Allah telah berfirman dalam surah Maryam ayat 25...


 "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak"


Ketika itu, Maryam al-Muqadassa masih lemah setelah melahirkan Nabi Isa dan diarahkan untuk makan buah tamar.

                                                        Kisah Maryam al-Muqadassa 




Malah ada banyak lagi hadis-hadis mengenai buah tamar. Antaranya...


"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)


Yakni, hal ini jelas menunjukkan bahawasanya memang diakui buah tamar ada khasiatnya tersendiri.


Mengapa tiba-tiba saya bermuqadimmah dengan buah tamar ni???
Di saat beberapa orang akhawat hampir tumbang, muntah-muntah ketika permainan bola jaring diadakan dek kerana perjalanan kami yang agak jauh, cuaca yang agak panas dan tidak sarapan pagi(maklumla terlalu awal kami bertolak dan kami terlalu bersemangat..heheh) saya masih setia berada di dalam court. Meneruskan perlawanan kami yang saya kira agak lama(set 15-5-15 dan 7-2-7). Walhal saya juga seperti mereka yang tidak mengambil sarapan pagi pun sebab terlalu semangat meneruskan misi qawiyy ala jism(berharap tak masuk bakul angkat sendiri).


Namun rahsianya sudah semestinya hanya sebiji tamar.
Hebat kan buah tamar. Jadi pointnya, nak cakap jomlah kita rajin-rajin kan diri sahur walaupun ngan sebiji kurma. Tak kisahlah kurma safinna, wasim, yussof taiyyob ke....




============================================




Sukan ikhwah akhawat peringakat negeri kali ini memang sangat superb.
Ini adalah kali pertama saya berkesempatan untuk ambil bahagian menyahut seruan qawiyy jism.
Sangat-sangat gembira bila mana merasakan suasana yang lain, ikhtilat yang begitu terjaga dan yang penting semestinya ukhwahfillah itu. Dari hal besar sampai hal kecik-kecik...


Walaupun team kami kalah untuk peringkat pertama, saya tidak merasakan begitu kecewa dan down pun. Kalu sebelum ini saya merasakan begitu stress ketika bermain, kali ini rasa tenang je.
Malah saya merasakan sangat-sangat gembira dan relaks je bila lawan ngan team Besut sebabnya kami lawan sama-sama sendiri(team Besut majoriti diimport dari team kami-K.Terengganu). Defend saya pun seorang akhawat pihak kami dan cheers kami yang sama ngan pihak lawan cuma tukar warna je. Tidak sia-sia perjuangan kami dan insyaAllah harap diberkati tambah-tambahan kami sama-sama baca doa sebelum main.


                                               Cheers kami-go kuning, go kuning Allahuakbar
                                                                    Cheers lawan-go biru, go biru Allahuakbar....




Sukan kali ini berakhir dengan jayanya walaupun masih sakit-sakit badan dan penat. 


Dakwah itu macam-macam salurannya dan dihiasi dengan mehnah-mehnah kehidupan namun beruntunglah bagi orang yang bersabar.


Salam Ramadhan al-Mubarak dan moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum-belumnya.


p/s-tahniah pasukan K.Terengganu berjaya jadi juara keseluruhan. Erkk..pasukan netbol kami biarlah rahsia...

im-ua

Uskab seterusnya adalah  berlainan seperti biasa. Memandangkan aku telah berjanji untuk berkongsi apa yang diperolehi dengan akhawat-akhawat semua, blog ini menjadi saksi coretan ini. Program ini berlangsung pada jumaat lepas di Pantai Batu Burok bermula jam 7.30 hingga 11 pagi.


Sebut sahaja program di luar, sudah semestinya kami disajikan dengan pelbagai games ukhwah yang menarik. Ada menongkah angin, rumahku bukan untukmu, bocor nikmat dan kotak beracun.
Apa yang terkesan di hati tentulah game 'bocor nikmat'.


-Bahagi kumpulan ikut bulan kelahiran...pastu tambah tolak bagi sama bilangan ahli dalam setiap kumpulan
-Seorang ketua(Hanya ketua boleh bagi arahan)
-Yang selebihnya:Separuh jadi buta DAN patah sebelah tangan, separuh lagi bisu DAN      tempang sebelah kaki
-Tujuan:Isi air dari pantai dalam botol yang berlubang...jalan sampai ke baldi dekat ketua 
dan masukkan dalam baldi tu...Isilah sampai habis masa


Pada ketika itu, aku dikehendaki menjadi seorang yang buta dan patah tangan. Aku kena ambil air kat pantai ditemani seorang rakan yang bisu dan patah kaki. Sedar-sedar kakiku sudah basah bila ombak dan menghempas pantai. Tak tahu nak kata apa cumanya rasa sangat 'seksa' walaupun hilang penglihatan untuk 10 minit. Rasa betul-betul menghargai nikmat Allah ketika itu. Selama ini, mata ini banyak sangat tengok perkara-perkara maksiat.


====================================
Tadabur alam


Memandangkan sesi kali ini adalah outdoor, akhawat-akhawat berkongsi ayat Allah mengenai alam. Jom kongsi ayat sikit....


Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhintungan(waktu). Allah tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.(10:5)


Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan. (2:74)


====================================


pantai batu burok











Tafakur alam


Slot terakhir, kami menghayati bait-bait kalam dari seorang ukhti yang mengingatkan serta menyedarkan kembali tentang dosa dan kelalaian sepanjang hidup ini


Sangat sesuai tafakur alam diadakan memandangkan kami betul-betul berada dikelilingi alam. Memang betul-betul meresap di jiwa. 
Sangat malu apabila tengok sendiri alam sekeliling bertasbih.
Bunyi deruan ombak yang menghempas...
Bunyi burung-burung berkicauan....
Pohon-pohon hijau bergoyang-goyang.....
Dan sangat malu tika kami memegang pasir-pasir halus membayangkan dosa yang sangat banyak camtu...
Benarlah dengan hanya melihat alam, manusia mampu menangis. Bukankah itu menandakan kebesaran Sang Pencipta?


Walaupun penat, ibrahnya  dan ukwah itu sangat terasa. Bertemu dengan akhawat-akhawat local dan overseas. InsyaAllah cuba mengkreatifkan usrah....


Kata seorang sister


"Kadang-kadang mungkin kita rasa pemergian kita ke sesuatu majlis ilmu, program atau apa-apa seumpamanya mungkin cam tak best kita rasa, atau mungkin rasa tak nak, malas atau ape sahaja tapi andai kita berkorban untuk pergi, Allah mesti bagi something"

Title sebagai anak sulong perempuan aka anak ke-dua sudah semestinya banyak tanggungjawab yang dipikul. Orang cakap anak kedua ini dikaitkan dengan air. Lembut, sensitif tak mudah panas baran dan apa-apa jelah yang sinonim dengan air(tapi tak tahu berapa percent je ciri-ciri ni ada dalam diriku,haha..10 %?) tapi dalam 'air-airnya' ada satu sikap keras. Ini adalah hasil perbincangan aku dengan si akak yang sama status dengan ku masa dalam kereta + motivasi dr Fadzilah Kamsah kat Oasis.

Aku masih ingat lagi saat belum bertemu dengan dunia tarbiyyah, aku memang seorang pemberontak yang tegar kepada ibu bapa ku jika ada yang tak menepati citarasaku. Siapa lagi pemujuknya kalu bukan si abah. Bukannya menangis meraung tapi cukuplah hanya dengan sikap diam(berkurung dalam bilik, tak nak pi kelas dan tak nak makan).

Masih aku ingat masa tu aku nak duit untuk beli buku cerita dongeng tapi ibu bapaku tak nak kasi sebab tak mendatangkan faedah pun. Malah membuatkan diriku sentiasa berangan-angan menjadi puteri raja 'di kayangan'.Haha... Aku pun apa lagi kunci pintu bilik dan protes cakap tak nak makan tapi setelah dipujuk terus aku pergi makan. Siapa lagi kalu bukan abah yang bagi duit. Memang muka tak malu.


Abah memang banyak berkorban!

Hasrat abah sudah tentu mahukan pendidikan agama yang cukup untuk anak-anaknya dan sebab itulah semua adik-beradik ku mula ditempatkan di sekolah agama masa form 1. Ketika baru sahaja aku berjaya ditempatkan di Imtiaz Kuala Terengganu, aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di MRSM. Aku yang masa tu anggap bahasa Arab sangat susah terang-terang nak sekolah MRSM dan juga jiwa anak remaja yang nak rasa duduk negeri orang. Walaupun aku tahu ayahku berat hati nak benarkan aku keluar dari Imtiaz. Tapi dia korbankan hasratnya dan penuhkan impian ku.

Dan abah terpaksa melanjutkan persaraannya apabila ada di antara kami yang terkandas dalam pelajaran ketika membuat a-level, ditarik balik biasiswanya dan terpaksa mengulang balik program persediaan di universiti swasta. Siapa lagi kalau bukan abah yang terpaksa bertungkus lumus membiayai pelajaran.

Abah selalu nasihatkan anak-anaknya apabila ada di antara kami yang terlalu boros tapi lepas tu aku tahu dia mesti kirim juga duit. Ummi ku cakap abah marah-marah pun dia akan bagi jugak. Abah terlalu lembut jiwanya. Ummi selalu cakap "biarlah anak-anak hidup susah sekejap" tapi abah tetap kirim duit. Katanya takut si anak tak dapat makan.

Aku tahu aku memang tak rapat dengan abah. Mungkin sebab aku anak perempuan kot. Semua ini ummi yang ceritakan. Aku cuba je control macho bila ummi perihalkan semua ini(padahal dah sebak terus diam cam takde pape).

Kalu nak diceritakan banyak sangat pengorbanan abah yang tak terkira namun biarlah aku coretkan apa yang paling berkesan di hati. Moga menjadi ibrah buatku agar aku tak lupa diri dan sentiasa ingat titik peluh abah membesarkan anak-anakya.


Untuk itu abah,


SELAMAT HARI BAPA!

Akak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk abah dan berusaha menjadi anak yang terbaik.

Bismillah..

Pagi tadi sebelum subuh selamat sampai ke terengganu. Kepulangan yang tak dirancang. Sebelum pulang jam 10 malam semalam, macam-macam peristiwa berlaku. Pertamanya, exam pharmacology. Tough, tertukar habis nama drugs. Penicilin, cephalosporin, rifampin. Huhu...Then, petang teman akak pegi low yat. Rasanya itu adalah pertama kali meredah kesibukan kota dengan kereta akak. Selama ini asyik terperap dalam ktm, jadi mana nak tahu apa yang berlaku di luar. Baru tahu bila tengok orang sekeliling.

Malam pula pergi makan di satu tempat tapi dimarahi oleh seorang 'pakcik' gara-gara kata aku sombong. Hai, nasibla badan. Siap cakap lagi kalu sombong-sombong macam ini u punya akademik nanti low. Hai, kalau nak marah pun janganlah doakan orang benda yang buruk-buruk kan. Kami bukannya sombong 'pakcik'. Aku paling anti kalau tengok orang marah. Mesti akan jadi moody untuk beberapa yang ketika. Tengok, sampaikan dalam blog tulis entry marah. Kalau nak tegur boleh tapi please jangan marah. Lebih tepatnya aku 'takut' tengok orang marah.



Bila kita marah, mungkin kita tak sedar orang sekeliling kita. Dengan siapa kita marah? Si isteri mungkin marah kepada sang suami, ibubapa kepada anak-anak, kawan kepada kawan. Banyak benda yang dipandang remeh apabila marah. Marah itu perlu tapi ada caranya. Bukannya perlu meninngikan suara, mengeluarkan kata yang kesat-kesat atau mendoakan keburukan orang. Bila kita marah mungkin susah untuk tenangkan diri, tapi mungkin dengan memaafkan orang tersebut hati kita menjadi tenang. Marahlah pada hal yang sepatutnya. Ada orang tahu tak boleh sesuka hati nak marah orang tapi bila diri sendiri berada di dalam situasi itu, mulalah lain mujahadah diri. Padahal orang yang dimarah tak melakukan kesalahan apa-apa pun. Tapi, bila ada tekanan belajar, kerja dan masalah peribadi mulalah dilepaskan kemarahan kepada orang lain.

HADIS 16

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.

Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari

Marah itu bahaya, bisa sahaja merosakkan ukhwah yang dibina.
Wallahualam.