Allah...Allah...

Ia mengambil masa yang agak lama untuk saya kembali menulis. Entah kenapa, sejak beberapa hari yang lalu perasaan nak conteng-conteng tu makin membuak. Mungkin sebab banyak sangat benda yang tak dapat yang boleh disampaikan dengan kata-kata.

Banyak sangat benda yang nak dikongsi tapi cerita ini menjadi yang utama. Aku tahu beberapa minggu yang lepas merupakan minggu-minggu yang penuh dengan suka duka, minggu-minggu yang tak penat mengajar erti tarbiyyah pada seorang perempuan terasing di sini. Baru sahaja pulang dari UKM dan kemudian terlibat dalam sebuah kemalangan. Kemalangan yang betul-betul menguji emosi. Terpaksa memujuk hati jangan menangis sebab ada lagi yang lebih teruk kisahnya.


Kisah seorang akhawat yang sampai sekarang aku masih tidak memenuhi hak kepadanya. Hak untuk menziarahinya lantaran kesibukan yang dibuat-buat.
Mulanya aku merasakan bahawa sakitnya hanya biasa-biasa sahaja tapi setelah disahkan dia menghadapi prolapsed intervertebral disc L4/L5, L5/S1, ianya bukan biasa-biasa lagi. Mungkin lumpuh. Allah..Allah...sangat-sangat terkejut.

Maka aku mohon doa kalian semua doakan untuk akhawat kita, kak Siti Nur Azani, akhawat penang. Jalan dakwah n tarbiyyah ni masih memerlukan orang-orang sepertinya. Please bear my sister. Please doakan dia cepat sembuh.

Bila baca balik kata-kata yang dia tulis, kita ni sangat lemah. Sangatttt lemah...


andai benarlah ajal akak ada dalam sakit ni.. akak mohon Allah mudahkan. awk pun.. doakanlah.. so far keadaan akak x tunjukkan keadaan yg kebih baik. 

Alhamdulillah.. akak sihat je. 
fizikal pun masih baik 

sekarang pun.. akak tgh cuba kuat. sebab tu akak keluar rumah , gi riadah..
akak kena jalani hidup macam biasa. akak kena paksa jugak diri akak..
sebab .. kalau akak lemah2 , keadaan akak still akan bertambah lemah jugak. so , lebih baik akak nikmati hidup akak.. daripada biar jasad akak terbring seharian2 . betul x?