Title sebagai anak sulong perempuan aka anak ke-dua sudah semestinya banyak tanggungjawab yang dipikul. Orang cakap anak kedua ini dikaitkan dengan air. Lembut, sensitif tak mudah panas baran dan apa-apa jelah yang sinonim dengan air(tapi tak tahu berapa percent je ciri-ciri ni ada dalam diriku,haha..10 %?) tapi dalam 'air-airnya' ada satu sikap keras. Ini adalah hasil perbincangan aku dengan si akak yang sama status dengan ku masa dalam kereta + motivasi dr Fadzilah Kamsah kat Oasis.

Aku masih ingat lagi saat belum bertemu dengan dunia tarbiyyah, aku memang seorang pemberontak yang tegar kepada ibu bapa ku jika ada yang tak menepati citarasaku. Siapa lagi pemujuknya kalu bukan si abah. Bukannya menangis meraung tapi cukuplah hanya dengan sikap diam(berkurung dalam bilik, tak nak pi kelas dan tak nak makan).

Masih aku ingat masa tu aku nak duit untuk beli buku cerita dongeng tapi ibu bapaku tak nak kasi sebab tak mendatangkan faedah pun. Malah membuatkan diriku sentiasa berangan-angan menjadi puteri raja 'di kayangan'.Haha... Aku pun apa lagi kunci pintu bilik dan protes cakap tak nak makan tapi setelah dipujuk terus aku pergi makan. Siapa lagi kalu bukan abah yang bagi duit. Memang muka tak malu.


Abah memang banyak berkorban!

Hasrat abah sudah tentu mahukan pendidikan agama yang cukup untuk anak-anaknya dan sebab itulah semua adik-beradik ku mula ditempatkan di sekolah agama masa form 1. Ketika baru sahaja aku berjaya ditempatkan di Imtiaz Kuala Terengganu, aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di MRSM. Aku yang masa tu anggap bahasa Arab sangat susah terang-terang nak sekolah MRSM dan juga jiwa anak remaja yang nak rasa duduk negeri orang. Walaupun aku tahu ayahku berat hati nak benarkan aku keluar dari Imtiaz. Tapi dia korbankan hasratnya dan penuhkan impian ku.

Dan abah terpaksa melanjutkan persaraannya apabila ada di antara kami yang terkandas dalam pelajaran ketika membuat a-level, ditarik balik biasiswanya dan terpaksa mengulang balik program persediaan di universiti swasta. Siapa lagi kalau bukan abah yang terpaksa bertungkus lumus membiayai pelajaran.

Abah selalu nasihatkan anak-anaknya apabila ada di antara kami yang terlalu boros tapi lepas tu aku tahu dia mesti kirim juga duit. Ummi ku cakap abah marah-marah pun dia akan bagi jugak. Abah terlalu lembut jiwanya. Ummi selalu cakap "biarlah anak-anak hidup susah sekejap" tapi abah tetap kirim duit. Katanya takut si anak tak dapat makan.

Aku tahu aku memang tak rapat dengan abah. Mungkin sebab aku anak perempuan kot. Semua ini ummi yang ceritakan. Aku cuba je control macho bila ummi perihalkan semua ini(padahal dah sebak terus diam cam takde pape).

Kalu nak diceritakan banyak sangat pengorbanan abah yang tak terkira namun biarlah aku coretkan apa yang paling berkesan di hati. Moga menjadi ibrah buatku agar aku tak lupa diri dan sentiasa ingat titik peluh abah membesarkan anak-anakya.


Untuk itu abah,


SELAMAT HARI BAPA!

Akak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk abah dan berusaha menjadi anak yang terbaik.