
Selamat pagi...
Baru je menghempas tenaga mengemas rumah...
Kalu hujung minggu yang tiada berteman, biasa inilah rutin harian ku...
Biasanya benda wajib yang ku buat sapu rumah, bersih toilet, kemas dapur. Aku suka bersih sebab Allah suka bersih.
Dulu masa kat sunway, memang ini juga rutin harian ku. Tapi tak sepenat sekarang sebab dulu rumah kecik je, tinggal pun 4 orang. Sekarang tinggal betul-betul macam rumah keluarga. 8 orang satu rumah.
IBU
Cerita pasal kemas rumah ni teringat ibu kat rumah. Umie seorang suri rumah muda. Dah paham sekarang perasaan dia. Dah lebih paham tanggungjawab dia. Bangun tidur mesti batang penyapu yang dicapai. Dulu aku selalu je sepahkan rumah. Haii..
Papepun terima kasih kerana menjadi ibu terbaik buat kami.
Duduk ramai ini mengajar ku erti ukhwah. Ukhwah kerana Allah.
Bila ada kawan sakit, masing-masing tolong. Tolong hantar pergi klinik. Tolong buat sarapan.
Bila ada yang balik lambat, ada orang risau sebab tak pulang lagi.
Bila waktu pagi, ada orang tolong kejut mengingatkan waktu subuh sebab taw ada satu bilik yang memang tak kunci jam. Dan yang paling gembira, bila dapat solat berjemaah sekali.
Sekarang dah 6 bulan lebih kami tinggal bersama. Rasanya dah kenal masing-masing secara mendalam. Dah taw yang ini jenis nya marah macam mana. Dah taw yang ini suka bangun pukul berapa. Dah taw yang ini suka makan apa. Indahnya ukhwah.
Tapi kena hati-hati bila duduk ramai ini. Kena sama-sama mengemas rumah, kena taw tugas masing-masing. Tak boleh mengharapkan orang lain sebab benda yang remeh itulah syaitan akan guna untuk rosakkan ukhwah ini.
OK, JOM BERUKHWAH!!!
Bismillah...
Banyak benda nak dikongsikan...
tapi tak terluah-luah...
terima kasih kerana ada orang yang mengingatkan..
apa nak jadi nie..takkan asyik-asyik kena dapat 'affiliation motivation'..
kan dah masuk istilah-istilah nie..penangan behavioural science..chewahh..
mentang-mentang dah nak final...
yang paling tak disangka kena berlakon jadi pesakit insomnia da..walaupun banyak scene yang asyik sengih je
mesti tergelak-gelak kalau cik mirah dan mas tengok...hahha..saya pun boleh jadi pelakon taw...
hujung minggu yang lepas-lepas berkesempatan menghadiri majlis pertunangan...
kata simple tapi macam dah tahap nak kahwin dah..
papepun selamat berbahagia setelah lama menunggu...
biasanya adat di sini, si teruna tak akan datang masa pertunangan...
lepas majlis, biasanya dorang datangla (ntah btul ke x)
ISLAM ITU DI MANA-MANA SAHAJA...
paling best bila dengar syarahan nenek...
'takkan nak ambik sekeping gambar dengan tunang kita pun tak boleh, bukannya buat ape2 pun, zaman kan dah moden'
dalam hati dengan dizahirkan, aku pun apalagi menjawab..islam tetap sama
nasib baik nenek pun turut membantu...
ya..DUNIA MEMANG SEMAKIN MODEN TETAPI ISLAM TETAP SAMA..
malah Allah menciptakan al-Quran itu yang sememangnya valid sepanjang zaman...
semoga yang dipilih adalah jodohnya yang datang dari Allah Azza wajjala..
wallahualam...
