Selamat pagi...
Baru je menghempas tenaga mengemas rumah...
Kalu hujung minggu yang tiada berteman, biasa inilah rutin harian ku...
Biasanya benda wajib yang ku buat sapu rumah, bersih toilet, kemas dapur. Aku suka bersih sebab Allah suka bersih.
Dulu masa kat sunway, memang ini juga rutin harian ku. Tapi tak sepenat sekarang sebab dulu rumah kecik je, tinggal pun 4 orang. Sekarang tinggal betul-betul macam rumah keluarga. 8 orang satu rumah.


IBU
Cerita pasal kemas rumah ni teringat ibu kat rumah. Umie seorang suri rumah muda. Dah paham sekarang perasaan dia. Dah lebih paham tanggungjawab dia. Bangun tidur mesti batang penyapu yang dicapai. Dulu aku selalu je sepahkan rumah. Haii..
Papepun terima kasih kerana menjadi ibu terbaik buat kami.

Duduk ramai ini mengajar ku erti ukhwah. Ukhwah kerana Allah.
Bila ada kawan sakit, masing-masing tolong. Tolong hantar pergi klinik. Tolong buat sarapan.
Bila ada yang balik lambat, ada orang risau sebab tak pulang lagi.
Bila waktu pagi, ada orang tolong kejut mengingatkan waktu subuh sebab taw ada satu bilik yang memang tak kunci jam. Dan yang paling gembira, bila dapat solat berjemaah sekali.

Sekarang dah 6 bulan lebih kami tinggal bersama. Rasanya dah kenal masing-masing secara mendalam. Dah taw yang ini jenis nya marah macam mana. Dah taw yang ini suka bangun pukul berapa. Dah taw yang ini suka makan apa. Indahnya ukhwah.
Tapi kena hati-hati bila duduk ramai ini. Kena sama-sama mengemas rumah, kena taw tugas masing-masing. Tak boleh mengharapkan orang lain sebab benda yang remeh itulah syaitan akan guna untuk rosakkan ukhwah ini.

OK, JOM BERUKHWAH!!!

1 teguran:

mas ayu said...

ewah sejak bila pulak jie rajin nak kemas mengemas neh..
em, bagus lah perubahan 2,, hehe
mas pom kat sini sama jew..
kena kemas bilik, toilet, koridor,,
huhu penat lorh..
tapi bile dah ciap 2 rasa puas aty dgn hasil yang kite bt,,
haha
selamat berhujung minggu.. (^^)

Post a Comment