ASSALAMUALAIKUM........



alhamdulillah akhirnya dengan izin Allah SWT saya dapat mereka sebuah blog untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman dan info-info yang berguna demi pembangunan islam..Mula-mulanya hati saya berbelah bagi sama ada untuk mereka blog ini atau tidak.Saya takut jika diri ini melakukan perkara yang sia-sia.Pada satu hari, hati saya tiba-tiba tergerak untuk membaca blog seorang sahabat.Subhanallah, blog sahabat itu sangat menarik dengan perkongsian yang sangat berguna dan alhamdulillah hati saya terpanggil juga untuk berkongsi.Saya bukanlah seorang yang hebat namun sebagai hambanya yang kerdil, insyaAllah selagi hayat dikandung badan saya akan terus berkongsi..Segala pandangan yang baik sama ada untuk menegur diri ini atau seumpanya ke arah islam saya alu-alukan..Salam perkenalan buat semua.





BISMILAHIRAHMANNIRAHIM



7 Februari 2010 ,alhmadulillah saya masih berkesempatan untuk bernafas di mukabumi ini..Sesungguhnya Allah masih memanjangkan usia hamba di muka bumi ini sebagai seorang khalifah dan terus beribadat walaupun hambanya ini masih lalai dengan urusan keduniaan..Nauzubillahimanzalik..Semoga kita terus dengan tujuan hidup kita yang sebenarnya..



Semalam yang saya kira hari yang agak bermakna. alhamdulillah, saya berkesempatan mengikuti program lawatan ke rumah tunas harapan di Kuala Selangor.Terima kasih kepada SUCI SOCIETY kerana mengadakan aktiviti seumpama ini..Perjalanan kami agak lama kerana sesat seketika namun masih tidak mampu mengoyahkan hati-hati ini..Pertama kali menjejak kaki di rumah tunas harapan, hiba perasaan ini melihat wajah-wajah yang tidak mempunyai ayah atau ibu atau keduanya..Teringat seketika umie di rumah..Terima kasih ya Allah kerana masih mengurniakan ibu yang terbaik buatku..



Maryam, Syafikah, Erissa dan Vani..akak teringin ingin mengetahui cerita sebenar mengenai keluarga kamu namun akak takut kalian semua akan tersinggung tetapi sebaliknya terjadi..



"Akak tak nak tanya ke kenapa kitaorang ada kat sini"

Tulah ayat yang Maryam luahkan kepada sahabatku..Sungguh tabah kalian, moga-moga kalian semua dapat syurga dunia dan akhirat..InsyaAllah, dan Maryam moga adik dapat juga bertemu ibu adik satu hari nanti.Terpegun seketika melihat kecantikan Erissa..Subhanallah..Semoga Erissa dapat menjaga nikmat yang Allah kurniakan..Syafikah, jangan sedih..tabahkan hati ini dalam menghadapi dugaan.Sesungguhya Allah Maha Mengetahui hikmah di sebaliknya..



Sahabat, andai diri ini diberi peluang, insyaAllah saya akan mengikuti program ini lagi..Terima kasih juga buat kalian kerana ukhwah persahabatan sangat saya rasai..insyaAllah bertemu lagi..



DON'T WORRY, BE HAPPY..



"Dan Allah berfirman,Aku bersamamu.......

0 teguran:

Post a Comment