Tidak dapat dinafikan, ISK-ini sejarah kita menjadi salah satu wadah untuk menarik para duat ke dunia tarbiyyah. Rata-rata bakal daie akan dimulakan pengisian dengan ISK sebelum ke slot-slot yang lain.


Dengarlah ISK banyak kali pun, insyaAllah benda yang sama yakni sejarah islam akan disampaikan.


Kali pertama dengar, mungkin akan terasa seperti dihempap batu, terbuka minda, dan rasa meluap-luap nak belajar sejarah islam.
Kali kedua dengar, mungkin masih lagi sebagai peserta berusaha memahamkan sejarah-sejarah islam atu nak mantapkan skill penyampaian.
Kali ketiga dengar dan kali-kali seterusnya, ada yang jadi ikhwah akhawat facy dan tak kurang pula ada yang dah jadi penyampai.


Tak kisahlah berapa kali pun, jangan pernah merasa jemu dan bosan.
Kata KH Rahmat Abdullah,


Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.

Kali-kali seterusnya menghadiri talk ISK, anda akan dapati banyak soalan-soalan baru yang dikemukakan. Ada yang cakap...

1. Kenapa perlu bezakan i kecil dan besar (islam dan Islam). Bukankah itu isu bahasa semata-mata?
2.Apsal perlu diwujudkan sains tulen dan sains sosial?Maknanya kita kenal ambil sains sosial la nie untuk sambung belajar?
3.Bila ada akhawat yang bagi contoh Imam Syafie untuk perkataan faqhihu(faham hukum fiqh), dan Sumaiyyah untuk makna faqhuhu(faham islam) dalam hadis logam ; ada yang menyoal, maknanya Imam Syafie tak faham islam la nie, hanya faham hukum fiqh..adehhh!!!
4.Tak kurang pula ada yang bertanya kenapa perlu belajar muqadimmah tu semua, apa kaitan dengan sejarah sampaikan kena faham telur putih dan telur kuning, sains sosial sains tulen
5.Ada juga yang bertanya soalan soalan luar dari ISK, apa itu perang siffin, perang bla....
6.Ada yang soal sejarah ISK ; bukan sejarah yang ada dalam ISK tapi siapa yang tubuhkan ISK.
7.Macam mana graf itu boleh terbentuk


Macam-macam...

Sebab itu, ada sahaja yang mengelarkan ISK sebagai Ini Sungguh Karut dan tak kurang ada yang buat ikon menangis ISK...ISK...
ISK...ISK...


Apapun, ini adalah soalan-soalan benar yang telah dikemukakan oleh para perserta yang dengar ISK untuk pertama kali, namun tak kurang pula untuk mereka yang kali ke kedua dan ketiga.

Ironinya, tidak pernah terlintas di benak fikiran saya pun untuk bertanya soalan-soalan sedemikian ketika pertama kali menerima pengisiaan ISK dan saya tidak menyangka pun soalan-soalan begini akan ditanya oleh adik-adik. Benarlah seperti yang diungkapkan, anda akan memperoleh 'benda-benda baru' walaupun telah menghadirinya untuk ke berapa kali.


Moralnya, para daie harus mempersiapkan diri semampu yang boleh jika anda sebagai penyampai atau facy-facy ISK supaya tidak terkesima dan dapat menerangkan sebaik mungkin kepada para duat sekalian, supaya mereka betul-betul yakin dengan hujah-hujah kita.


Bukankah kita saling melengkapi???





2 teguran:

atTahirah said...

haish, ayt last tu tersedak sikit~ hihi, hmm jie, akk ade bahan yg sgt banyak utk di-share, nak???

mybe bahan2 ni bole membantu menjawab soklan adik2.. hehe wallahualam..

btw, memang btol soklan2 ni biasa muncul dlm pnyampai ISK, sb tu ustaz dlu suka buat BenDuMin [bengkel dua minit] utk konfirmkan adik2 faham.. terutama tntang knapa analogi2 dan sgala yg diutarakan dlm ISK tu diwujudkan..
ape2pon, kne prepare dgn ape jua bentuk soklan, kalu dah blank sgt, iA boleh hentam2 sikit, then pusing2 ayat tu supaya balik ke misi [objektif] fikrah yg nk disemai tu..
all the best!

eh, bile nk buat ISK nih? ade planning dlm masa terdekat ke?? atau da ready2 utk di AUCMS nanti nih? woohaaa

Najwa said...

haha...senanya ini adalah antara soalan adik2 jordan mgu lpas.masa bengkel la dia tanya..ade SH ngan SJ gak...terkedu gak bila dorg tanya cam2..sy x bnyak prepare pun mse tu..buku isk yg tebal tu pun x khatam lg..so menyedarkan sy...sy pusing2 la...

insyaAllah bila da stabil kat aucms nnt..
bole kak, sy tgu bahan dr akak..heheh.,,nnt kite jumpa sy ambik ek..

Post a Comment