Alhamdulillah...

Ramadhan kali ini saya begitu teruja sehingga tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Allah masih lagi bagi kesempatan untuk saya menempuhi ramadhan kali ini. Ini adalah ramadhan pertama saya dapat berpuasa penuh di rumah tanpa beban kerja selepas 7 tahun di perantauan(rasanya...heheh) dan semestinya usia ramadhan kali ini yang meningkat sebagai seorang daie(kalu layak digelar la..)

Masa senang Allah juga jadikan sebagai satu ujian.
Itu apa yang dirasakan oleh diri saya sebab kali ini memang betul-betul tiada beban kerja, study. Kalu dulu masa dekat mrsm selalu sibuk dengan pelbagai aktiviti keusahawan, study terutamanya musim peperiksaan. Masa dekat kampus lama, tugas itu makin bertambah bukan dari kekangan masa tapi dari segi kepenatannya.

Dan kini, Allah kurniakan masa lapang buat saya agar saya dapat terus fastabaqul khairat(berlumba-lumba membuat kebaikan). Memenuhi list-list yang tertunda pada ramadhan lepas dan meningkatkan amal-amal sebelum ini. No more excuses after this. 
Tapi saya sentiasa berasa takut sebab perkara-perkara lagha sentiasa ada di tepi-tepi. Tonton cerita tak berfaedah, banyak masa nak tidur, banyak makan, layan tenet overload. Itulah yang dimaksudkan satu ujian bagi saya. Kadang-kadang terfikir tarbiyyah dzatiyyah tak cukup kuat lagi. Perlu muhasabah!!!

Tadarrus al-quran sambil jeling-jeling maksud di sebelah. Harap saya kali ini bukan tadarrus semata-mata untuk sempat khatam quran 30 juzuk sahaja. Mula-mula baca surah baqarah sambil tengok makna rasa Allah bagi peringatan balik sebab banyak sangat ayat-ayat cinta Allah berupa teguran dalam surah ni. Kebelakangan ini sebelum pulang banyak benda telah berlaku di CUCMS. Mengingatkan diri saya balik tentang hal-hal lalu (((:

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).(2:212)


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).(2:214)

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(2:216)


Terawikh lak tiada alasan langsung untuk tak berjemaah kali ini. Zaman MRSM senang nak capai pahala jemaah sebab memang wajib terawikh sama-sama. Solat fardu kadang-kadang kena halau dengan warden-warden supaya jemaah di surau. Tinggal rela atau kena paksa je. Bila dekat Sunway, tak ada paksaan lagi namun Allah kurniakan sahabat-sahabat yang sefikrah dan bila dekat CUCMS cuba ajak rakan-rakan serumah solat sama-sama. Point kat sana sini siapa nak jadi imam. Alhamdulillah satu permulaan yang baik. Dan kini saya berkesempatan nak solat terawikh kat masjid balik. Masjid kami dapat import seorang imam dari Arab Saudi. Rasa sebak je bila imam mula baca ayat-ayat Allah. Alahai bestnya dapat tahu bahasa Arab...




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua
p/s: Tadi sempat baca blog rakan mesir. Sedih salah seorang rakan telah pergi sebelum sempat jenguk ramadhan. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat golongan orang-orang beriman. Rasa bersyukur sangat-sangat Allah bagi peluang kali ini untuk kita sama-sama 'bekerja' di bulan mulia ini.

2 teguran:

atTahirah said...

selamat 'bekerja' lebih kuat dlm bulan ramadhan gini.
kata mereka, 'bekerja' di bulan ramadhan lebih mudah untuk menangkap hati2, yg berkejar kejaran trhdp kebaikan dan pahala ramadhan..

[hebat menghupdate belog sekrang ek~ hihi]

najiehah najwa said...

hati sendiri insyaAllah bole kak dengan izinNya..
hati org laen?skarang dikelilingi ngan family teman2 x de...

haha,saje je nak update

Post a Comment