In fact, saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita tentang ini. Saya hanyalah insan yang masih bertatih dalam dunia dnT dan saya bukanlah orang yang terbaik untuk menjawab persoalan ini. Malah, isu ini saja mungkin sahaja sudah lapuk dan mungkin boleh dibincangkan di blog-blog lain yang lebih hebat. Tapi, saya ingin berkongsi sesuatu.

Ada orang sudah bertudung labuh ketika di zaman sekolah lagi sebab mungkin sekolah lama sekolah agama dan ada yang memang ditakdirkan anak pakcik makcik ikhwah akhawat. Ada juga yang berkenalan dengan dunia dakwah dan tarbiyyah(dnT), yakni usrah dan sebagainya.

Baru-baru ini ada seorang akhawat bertanya bagaimana mahu bertudung labuh. InsyaAllah akan berkongsi di sini tapi sedikit pengalaman akhawat-akhawat lain yakni yang lebih hebat. Ini adalah kisah benar cuma ditambah tokok sedikit demi sedikit:)


Ada akhawat berubah secara step by step.
Perubahan ini mungkin sahaja dilakukan sebab takut tak istiqamah memakai tudung labuh ataupun tiada tudung labuh. Ada akhawat yang ingin memakai tudung labuh setelah berkenalan dengan dunia dnT. Ada cerita akhawat yang melakukan perubahan dengan hanya meminjam tudung bidang 50 dengan akhawat lain. Mengumpul koleksi tudung labuh sedikit demi sedikit. Kemudian bertukar ke bidang seterusnya, 55 dan 60 sampailah istiqamah memakai tudung labuh sehingga sekarang.

Ada akhawat melakukan perubahan secara ekstrimnya.
Ekstrimnya apabila akhawat ini pernah bersekolah di sekolah swasta yang pada masa itu tiada kesedaran untuk bertudung. Kalau tak silap saya, hanya ada beberapa orang pelajar sahaja yang bertudung . Kemudian apabila menghadiri satu program, beliau tersedar bahawasanya bertudung secara sempurna itu wajib. Ekstrimya apabila dikatakan berubah secara drastik. Terus sahaja pulang ke rumah dan menggunting kain untuk membuat tudung. Ekstrimnya kerana tudung yang dibuat itu adalah tudung labuh.


Cabaran mula bertudung labuh..


Segelintir akhawat berasa malu setelah melakukan perubahan sebab ada kawan-kawan yang memerli mereka apabila tampil dengan penampilan sebegitu. Ada yang pernah dipanggil ustazah. Pernah seorang ukhti cakap ungkapkanlah alhamdulillah apabila dipanggil dengan panggilan sebegitu atau seumpanya. Ada seorang akhawat pernah diperli namun masih terus istiqamah dan apabila ditanya biarkan sahaja caci maki puji muji tersebut.Bersabarlah bersabarlah dan berdoalah moga Allah kurniakan kekuatan untuk menghadapi situasi tersebut. Tanyalah dengan murrabbi masing-masing atau tanyalah dengan akhawat yang lebih berpengalaman bagaimana untuk menghadapi situasi tersebut.

“Sesungguhnya Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali pula dalam keadaan asing, maka berbahagialah orang-orang dikatakan asing.” (HR. Muslim dari hadits Abu Hurairah dan Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)



Banyak lagi pengalaman-pengalaman akhawat lain yang lebih menarik. Kalau tak percaya tanyalah akhawat-akhawat lain yang sudah  lama di dalam dunia dnT.
Bukan sahaja bertudung labuh, malah lebih banyak lagi. Tapi biarlah kali ini saya bercerita perihal tudung labuh.

Ada yang tertanya-tanya wajibkah bertudung labuh?
Samalah dengan analogi tali pinggang keselamatan.

Tiada apa yang mampu saya katakan tapi cukuplah tudung yang dikenakan tidak jarang dan menutup dada.
Mintalah fatwa hati kalian....














Wallahualam.
Insan yang masih bertatih...
Akhawat zone...http://akhwatmedic.blogspot.com/search?q=tudung+labuh

0 teguran:

Post a Comment