Aku terus merindui saat itu...
Saat di mana kali pertama berkenalan dengan dunia itu,
Tiada yang indah melainkan titian ke syurga.

Dan aku berkenalan dengan akhawat-akhawat sekalian,
Mengenal erti ukhwah yang hanya disandarkan pada Nya,
Mengenal erti usaha keranaNya.

Dan kini aku merasakan,
Aku dalam ketandusan,
Merindui kalian semua,
Kalian yang dipisahkan oleh puluhan benua,
Kalian yang walaupun dekat, tapi terpaksa berpisah dek hukum dunia,
Namun aku tahu ada satu persamaan yang ada antara kita, itulah UKHWAHFILLAH

Saat ini sahaja kerapkali air mata menitis...
Membaca kisah-kisah kalian di sana yang dalam perjalanan menuju redhaNya,
Merasa diri begitu kerdil dan tidak sama sekali layak bergelar daie,
Mencemburui kalian semua atas nikmat dakwah dan tarbiyyah,
Walaupun penuh onak dan duri,
Walaupun ditaburi kaca-kaca tajam,
Sungguh kalian begitu hebat,
Hebat mencipta sejarah...

Dan kini aku sedar, 
Aku harus bergerak,  ingatlah mad'u masih ramai di sekeliling,
Aku harus bergerak, meninggalkan comfort zone yang sudah lama melambai-lambai pergi,
Meninggalkan dunia khayalan semata-mata

Dan aku harus sedar realiti di depan,
Mereka-mereka bakal mujahid mujahidah, yang masih setia menanti
Dalam perjalanan membina individu muslim
:)

1 teguran:

atTahirah said...

Assalamualaikum.. lama sudah tidak menjejak jari di sini..
wah, sungguh sempurna sekali bait2 puisi ini dinukilkan.. penuh dengan rasa ..
IAllah jie.. sbagaimana Doktor tidak boleh memilih pesakitnya, begitulah juga daie.. duaat tidak boleh memilih2 mad'unya.. krn di mana2 jua adalah medan da'wah baginya.. serulah mrk yg dirasakan terdekat dgn mu.. agr bersama2 bjalan di jalanan ini..
smile yg terindah dear :)

Post a Comment