Alhamdulillah, hampir sebulan berada di bumi penang betul-betul menambahkan satu lagi versi baru. Siapa sangka perancangan Allah itu sangat hebat. Seperti yang dikhabarkan dalam post sebelum ini bahwasanya saya memang tidak menyangka akan tercampak di sini sama sekali. Sekali lagi, rasa takut tetap menjalar sebab terasa keseorangan walaupun diyakinkan dengan kata-kata mereka. Mereka di bumi Ipoh...:)

Kini, betul-betul bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan dan percaya setiap kejadian ada hikmahnya. Pertama kali menjejakkan kaki di sini, hati saya menjadi cuak gara-gara ada beberapa masalah yang dihadapi. Terasa sejarah berulang kembali semasa di kolej lama. Oh, cepatnya melatah di situ walaupun baru dicuit sedikit sahaja. Penat tapi Allah itu sangat baik. Maha baik. Mereka dari bumi Ipoh datang menziarahi kami disini. Inilah kuasa ukhwahfillah..:)

Tempat baru, cabaran baru dengan usia tarbiyyah semakin bertambah, maka banyaklah cerita-cerita baru, banyaklah cabaran dalam berukhwah, banyaklah cerita medic versi lain,pengalaman orang yang mahu berubah. Insyallah akan dicoretkan untuk post yang akan datang.

Sedikit muhasabah untuk diri sendiri dan orang lain kalau boleh,

Kita berada di jalan dnT...tugas daie kita buat, senang mencari dek kerana kita dikelilingi biah soleh solehah, ada daurah setiap hujung minggu, ada orang yang nak bawa usrah, ada ramai adik-adik yang ditarget, duduk dalam RI, bersama-sama akhawat, sentiasa gembira dengan suasana yang kurangnya jahil, tiba-tiba Allah campakkan kita di sebuah kawasan, usrah kena cari sendiri, daurah makin berkurangan, tiada lagi akhawat, hanya seorang dua menemani, tiada lagi RI, hak dan batil bercampur-campur, yang ada hanya ramai para mad'u, mampukah melaksanakan tugas-tugas sebagai khalifah, mampu tak nak ajak rakan-rakan join usrah tanpa akhawat di sekeliling, tanpa suasana yang memang tersedia ada jalan itu?

Kalu dulu, berhati-hati menjaga pandangan, tak perlu risau sebab ikhwah-ikhwah pun tunduk..tiba-tiba tercampak di sebuah kawasan..tiada lagi para ikhwah, zina mata berleluasa, yang ada hanya mereka-mereka yang perlu ditarget dan mampukah segala lagi nak kekalkan pandangan mata dan hati?

Kita boikot barangan yahudi, kawan-kawan turut boikot tapi sampailah satu masa keseorangan tiada lagi mereka yang faham, mampu tak nak boikot?

Kita tulis blog dan jadikan ia salah satu wadah untuk islam tapi tiba-tiba ada orang menghina tulisan kita dengan kata-kata nista, mampu tak nak teruskan tulisan ini untuk islam?

Mengaduh walaupun diuji baru sedikit?

Sebenarnya, ini adalah apa yang saya fikirkan sejak beberapa bulan yang lepas. Mungkin ada yang silap faham kerana saya memaksudkan kini dan sekarang ibarat tempat baru dan tempat lama. Tidak..tidak..Tidak sama sekali. Saya tidak membandingkan pun malah lebih bersyukur sebab berada di sini. Saya hanya menjadikan diri ini salah satu muhasabah kepada diri sendiri dan adakah saya mampu melaksanakan tugas-tugas saya. Mampu ke saya nak ajak mereka pergi usrah, nak ajak adik-adik,  nak ajak solat jemaah, nak cari daurah, nak boikot produk yahudi, nak mantapkan mutabaah amal tanpa akhawat di sisi, ibaratnya mereka ini menjadi catalyst. Mampu ke tak?

Ye, memang diakui suasana amat memainkan peranan. Futurnya diri ini tanpa biah solehah, futurnya diri ini apabila tiada lagi yang memberi tapi niat lah permualaan segalanya... Ada akhawat pernah tanya sebab apa join usrah, sebab semua orang join usrah ke kat sekeliling awak?

Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim


InsyaAllah saya akan cuba memperbaiki niat dari masa ke masa:)

Harap saya tidak menjadikan sebagai satu alasan kerana suasana itu, insyaAllah suasana itu mampu dibentuk walaupun dengan menyentuh hati-hati mereka dengan perkara perkara kecil.  

Mungkin lambat tapi tak mustahilkan?
Allah pandang usaha bukan hasil.

Sedikit sekali Allah hanya  menguji kalau nak dibandingkan dengan orang lain

p/s..untuk orang sebelah dan orang-orang baru:)

5 teguran:

mas ayu said...

insyaAllah
semoge berjaya jie,.
love you so much!!!

HH said...

memang bukan senang bila kita diluar comfort zone.
sama2 jom? ;)

Najwa said...

luv u too mas....

eisya..help me, besar harapan nie:)

. said...

InsyaAllah Jie...

Tunjuk teladan baik. Tambat hati manusia. :) InsyaAllah, kita tahu Allah pegang hati manusia, makanya kita bermohon banyak2 padaNya agar ada yg sudi mengikut kia masuk ke dunia tarbiyyah kemudian bersama2 menyebar harum dakwah. :)

Slow-slow Jie. Tapi jgn terlalu lambat. Yg penting hala tuju, bukan kelajuan. :)

Syaza teringat kisah ulama yg mengajak anak muda bersolat. Lima tahun waktu beliau guna utk berdakwah. Penuh lembut, penuh sabar.

Semoga Jie berjaya. Allah tetap bersama.

Doakan Syaza di dunia baru nanti. Syaza pastinya akan turut merasa apa yang Jie rasa. :)

Najwa said...

in fact qudwah hasanah tula yg paling susah nak tnjuk but insyaAllah akan try bersama2..di tempat baru terpaksa start dr mula tp itulah yang terbaik...

mga Allah permudahkan syaza juga...Allah x kan uji hambaNya kalu x mampu:)dan Allah tahu apa yg terbaik buat kita

Post a Comment