Tahun baru kali ini memang betul-betul bermakna, bermakna apabila berada di atas jalan dnT. Tak mahu cerita panjang-panjang tapi cukup nak cakap menghabiskan masa di rumah akhawat. Orang cakap atau ada hadis atau siapa yang tahu boleh kongsi lepas ni, kita tak akan kenal saudara kita tu selagi tak tidur, makan dan bermusafir bersama-sama.

Sebenarnya nak kongsi sedikit games taaruf yang kami buat semalam. Demi memenuhi janji kepada seorang ukhti dalam post USKAB KETIGA :)
Sambil menunggu makanan yang tak kunjung tiba. 2 jam tu jadi naqibah kami ambil kesempatan untuk bertaaruf.

1.Ok, pertama kena cerita satu benda baik dan satu benda buruk yang terjadi dekat kita masa sekolah menengah. Erk, rasanya yang ini biarlah menjadi rahsia antara kami. Tapi serius, masa tu tak dapat fikir pun benda apa yang baik yang saya pernah buat tapi banyak benda buruk. Jadi, ibrahnya kadang-kadang kita tak muhasabah pun benda yang dah jauh ketinggalan bila ada satu turning point kita da jumpa kan...

2.Kena cakap   perkataan dengan spontan. Memang nak tergelak-gelak sebab kita akan tend nak keluarkan perkataan yang ada dekat dengan sekeliling kita. Memang masa tu tengah lapar dan tengah makan laici kang. Jadi, keluarlah perkataan lapar, dahaga, cincau, katak dan berlapang dada. Seterusnya kena bagi tazkirah berdasarkan perkataan yang dipilih. Memang speechless sebab keluar perkataan mengarut tapi Allah bagi idea. Jadilah tazkirah pendek

'Walaupun kita ni berada dalam keadaan lapar dan dahaga, kemudiaan sampailah makanan dan laici kang yang ada cincau dan ada benda yang bulat-bulat macam telur katak, tapi tiba-tiba ada kawan(atiqah) sebelah yang tengah lapar dan dahaga juga dan tak sampai juga makanannya maka bagilah dekat dia dulu. Berlapang dadalah sebab itsar itu lagi penting.

3. Game last ialah cari masyarakat di sekeliling, masyarakat inikah yang kamu mahu dan impikan, point satu masyarakat, cerita apa yang boleh kamu tegur dan kaitkan dengan . Berjeda sebentar selepas dengar arahan murabbi dan timbul lah idea nak pilih masyarakat bahagian depan. Saya pilih bab aurat dan saya cakap kalau saya memang tak berani nak tegur depan-depan tapi akan tunjukkan qudwah hasanah dan berdoa. Ada yang pilih pasangan muda yang tak diketahui status sama ada dah kahwin atau belum. Salah satu penyelesaian masalah ialah 'bersangka baik'. Maksud bersangka baik dalam konteks ni kita pergi dekat pasangan tersebut dna cakap.

'eh eh baguslah korang ni, muda-muda da kahwin. Sweet je tengok korang. Nak kahwin gakla camnie'(nada teruja)

Mungkin kalau pasangan tu tak berkahwin lagi, berdoalah akan timbul dalam fikiran mereka yang tindakan mereka tu salah dan hanya sesuai untuk pasangan yang dah kahwin je. Kita hanyalah berusaha tapi yang memberi hidayah kan Allah.

Wallahualam
Harapnya dapat memuaskan ukhti tersebut walaupun yang dipinta adalah games ukhwah.:)

p/s. banyak azam kali ni. Antaranya nak buat pantun dakwah...:)

4 teguran:

atTahirah said...

ooohhh inilah yg dikata "da penuhi permintaan orang sebelah:)" kt twitter tu eh..~ haha
alhamdulillah sungguh memuaskan hati!!
yg paling comey bila cakap kt pasangan yg kononnya "muda2 dah kawin" tu~ haha nk gelak2 rase

BTW, I am waiting for pantun Da'wah pulaaa!! hoho tak sabar rasanyaaaa!

Najwa said...

haha,...betulla tu psal tweet..ok kalu jumpa org psgn camtu leh ckp seperti diatas tp kena buat nada dan muka teruja sikit...hihi...

iAllah pantun dakwah is coming:)

AtiQaH AwaDdAh AzZaLeA said...

syukran sbb sudi b'kongsi laici kang dngn ana (atiqah) :)hehee..x sbr jgak nk dngr pntun dakwah..slh satu inisiatf dakwah yng mnarik :)

Najwa said...

ok..nnt enti tlg buat jugak...:)

Post a Comment