"Ibu, beritahu saya bagaimana datuk boleh menjadi penakluk yang maha agung. Apakah rahsianya?" Pernah dia bertanyakan soalan itu kepada ibunya.

"Dalam diri kita ini ada sesuatu yang paling hebat. Sekiranya kita pandai menggunakannya, kita boleh menguasai dunia dan segala isinya., " jawab ibunya seperti berteka-teki.

"Apakah yang paling hebat itu, ibu?" Dia pula yang bertanya kerana ingin sangat mengetahuinya.

"Cuba kamu teka apakah yang paling hebat dalam dunia ini?" ibunya tidak menjawab sebaliknya bertanya pula.

"Gunung." Dia menjawab dengan jujur kerana baginya gunung yang paling kuat. Gunung tidak runtuh walau dipukul ribut dan hujan lebat. Malah apabila terjadi gempa bumi sekalipun, gunung tidak musnah.

"Gunung menjadi kuat kerana disokong oleh batu-batan yang ada di dalamnya," Begitu kata ibunya.

"Sekiranya begitu, batulah yang paling kuat,"kata Hulagu Khan.

"Ada yang lebih kuat daripada batu iaitu besi, " balas ibunya. Kemudian kata ibunya lagi, "Ada yang lebih kuat daripada besi iaitu api kerana api boleh mencairkan besi."

"Sekiranya begitu, maka api yang paling kuat".

"Air lebih kuat daripada api kerana air boleh memadamkan api."

"Sekiranya begitu, air yang paling kuat dalam dunia ini. Betul ibu?" Dia mahukan kepastian.

"Sambil tersenyum ibunya menjawab, "Kita lebih kuat daripada air kerana dalam badan kita ada air. Setiap hari kita minum air. Kita tidak boleh hidup tanpa air.

"Sekiranya begitu, manusia paling kuat dalam dunia ini, " katanya sambil tertawa.

"Manusia menjadi kuat apabila manusia bijak menggunakan otaknya. Otak menjadi kuat apabila dibantu oleh semangat yang kuat. Kerana itu, bagi penakluk yang hebat, kamu mesti bersemangat kuat dan bijak menggunakan otak.

-petikan novel Hulagu Khan-
(Tangan yang mengayun buaian)

********************************
Memang sejak akhir-akhir ni, istiqamah nak membaca blog yang membangkitkan ruh tu makin hilang sejak musim exam tambah dengan cuti yang tak berapa nak panjang ni. Alasan je:( Apatah lagi nak menulis kan. But thanks to Allah so much. Dia hantar something supaya tersedar dari lena yang panjang tadi.

Just know, i got the message from someone and that message make me inspired to read and suggest blogs:)

seronoknyeee blog walking. kite ade hobi baru sme dgn awk !! 

Sangat mengharapkan biarlah blog yang dibaca dapat membangkitkan jiwa, semangat, menjadi salah satu wasilah untuk dnT walaupun satu ayat dan  mesej tersebut membuatkan rasa semangat nak baca balik post-post sebegini.

Kadang-kadang tarbiyyah boleh datang dalam bentuk games.
kadang-kadang tarbiyyah boleh datang dalam membaca.
kadang-kadang tarbiyyah boleh datang dalam bentuk lagu.
kadang-kadang tarbiyyah boleh datang melalui kawan juga...
Walaupun simple:)

Wallahualam...

0 teguran:

Post a Comment