Pejam celik sudah hampir sebulan saya di rumah. Alhamdulillah seronok sebenarnya cuti lama.

Pertamanya, tentulah skill memasak saya makin bertambah baik sejak diberi mandat untuk ke dapur memandangkan si ibu sudah mula bekerja. Dari nasi goreng biasa sudah tahu mempelbagaikan nasi goreng(tu pun nak bangga ke?).

Sebenarnya saya ini seorang penakut. Haha... Bab kata orang, demi memenuhi tuntutan dnT saya tegar untuk mengambil lesen memandu. Yelah nak ke USKAB-usrah kabilah takkan nak harapkan mak je yang hantar. Nak jemput akhawat dari jauh untuk pergi USKAB lagi. Nak berprogram semuanya lah tentu memerlukan skill memandu kan. Bisa sahaja boleh berubah menjadi fardhu ain kan. Alhamdulillah masih terus belajar dan belajar.

Dunia tarbiyyah pula tidak akan ketandusan walau di mana jua kita berada. Buktinya saya masih diberi peluang untuk join usrah, rehlah, program dnT walaupun berada di kampung halaman. Kalu tak dapat ini semua, boleh aplikasikan usrah online. Masih juga berkesempatan bertemu dengan akhawat-akhawat lain dan merasakan indahnya ukhwah. Kadang-kadang tak pernah bertentang mata pun, tapi cukup merasakan seolah-olah sudah kenal berdekad-dekad. Ukwahfillah.....

Dan insyaAllah kalau ada rezeki saya akan mula bekerja mulai minggu depan. Kerjanya apa jeng jeng... biarlah rahsia . Yang penting halalan toyyiba. Mengisi lopong-lopong yang ada agar karat jahiliah tidak terus melekat. Saya akui memang banyak dugaan untuk dihadapi sepanjang cuti ini. Dalam kenikmatan bercuti masih ada yang perlu dibimbangi agar tidak terus hanyut dengan karat jahiliah.

Waima bab-bab makan pun perlu dijaga agar tidak terus overdose. Seronok baca post in. Cite bab-bab makan ni, masih ada yang sudi ajak saya pergi jogging. Bab kata si akak, memang QAWIYYUL JISM( haha..tuntutan individu muslim sebelum pergi ke BM).

Tidak lupa juga, terima kasih daun keladi buat si akak sebab sudi hadiahkan saya buku para sahabat. Siap 2 jilid lagi dia bagi. InsyaAllah nak khatam kisah para anbiya. Supaya dapat tahu siapa pemegang panji Ansar Muhajirin, siapa yanng paling berani...keunikan masing-masing supaya dakwah fardiyyah terus terlaksana bukan sekadar tahu siapa pelakon filem Nur Kasih je.

Buat sahabat-sahabat di Ipoh dan Penang, harap kalian baik-baik sahaja. Ayuh jadi sang pencerah di sana!!!

4 teguran:

atTahirah said...

hahha jie dah qowwiy habis dah!! nanti boleh angkut kereta pulak instead of kereta yg angkut dia~ haha
kenali sahabat eh~ hihi selamat khatamkan nya dgn hati. baca kisah sahabat, mesti hati bunga bunga~ rase cm nak duk sekali dlm kisah trsebut~ hihi
ayuh sang pencerah dunia!!!

najiehah najwa said...

insyaAllah banyak lagi muwasafat len x tertunai...
thanks kak buku tu.....hahha

selamat pergi pangkor....

atTahirah said...

aish, jgn gopoh2 nk penuhi smua 10 muwassofat tarbiyah tu... nantikan jd tujuan skadar nk naik tangga marotib amal semata je~
selamat lulus driving lesen, n bekerje tu~ hihi keje da'wah~

najiehah najwa said...

hehe..insyaAllah peringatan bt sy..

Post a Comment