Kalu dulu, belajar tajwid semata-mata untuk exam...Hafal mad jaiz,wajib berapa harakat, qalqalah. Ingatkan dah betul tajwid yang basic2 sebab masa kat mrsm ada kelas quran setiap jumaat, tambah pula dengar ustaz khaizir bagi kuliah tajwid hampir setiap pagi di surau. Ingatkan dah mahir cuma aku tahu aku kurang dalam bab makhraj.

Selepas tinggalkan maktab, tiada orang untuk berguru dan aku cuba sedaya upaya untuk maintainkan bacaan. Rupanya hari ini membongkar segalanya. Aku berguru dengan seorang ustaz setelah 2 tahun. Banyak lagi perlu diperbetul. Walau aku rasa dah cukup berdetap lidah bila baca qalqalah, rupanya sangkaan je. Sampaikan ada kawan aku cakap, macam tak pandai baca Quran je. Alhamdulillah, dan kini lebih tenang sebab tak hafal untuk exam tapi dunia akhirat.

Banyak benda orang ambil remeh dalam bab tajwid. Contoh bila baca al fatihah. Bila baca alfatihah tak betul, solat macam mana?. Huruf ha simpul dengan ha terbuka ada bezanya nak sebut. Jangan main hentam bila baca ayat last surah al fatihah. Tutup mulut di tempat yang sepatutnya.

InsyaAllah lebih berharap diri sendiri dan orang lain jangan lepaskan peluang bila ada orang nak ajar. Jom pergi kelas Quran.

4 teguran:

atTahirah said...

like! hehe~
belajar tu.. x pernah berakhir..
iA.. perjalanan hidup ini masih panjang G! smkin bnyk blajar, smakin bnyk rase x tau

najiehah najwa said...

hehe...man jadda wa jadda,man zara'a hasoda

ikan :) said...

sapa berusaha dia berjaya, sapa menanam, dia dapt hasil (teha)... hehe, translation by teha..

huhu, seronoknye.... nk blaja jugak... tajwid sy pn tonggang terbalik.. huhu.. :(

najiehah najwa said...

hahha...teha senyap langsung ngan jie skang nie...

Post a Comment