Allah...Allah...
Ia mengambil masa yang agak lama untuk saya kembali menulis. Entah kenapa, sejak beberapa hari yang lalu perasaan nak conteng-conteng tu makin membuak. Mungkin sebab banyak sangat benda yang tak dapat yang boleh disampaikan dengan kata-kata.
Banyak sangat benda yang nak dikongsi tapi cerita ini menjadi yang utama. Aku tahu beberapa minggu yang lepas merupakan minggu-minggu yang penuh dengan suka duka, minggu-minggu yang tak penat mengajar erti tarbiyyah pada seorang perempuan terasing di sini. Baru sahaja pulang dari UKM dan kemudian terlibat dalam sebuah kemalangan. Kemalangan yang betul-betul menguji emosi. Terpaksa memujuk hati jangan menangis sebab ada lagi yang lebih teruk kisahnya.
Kisah seorang akhawat yang sampai sekarang aku masih tidak memenuhi hak kepadanya. Hak untuk menziarahinya lantaran kesibukan yang dibuat-buat.
Mulanya aku merasakan bahawa sakitnya hanya biasa-biasa sahaja tapi setelah disahkan dia menghadapi prolapsed intervertebral disc L4/L5, L5/S1, ianya bukan biasa-biasa lagi. Mungkin lumpuh. Allah..Allah...sangat-sangat terkejut.
Maka aku mohon doa kalian semua doakan untuk akhawat kita, kak Siti Nur Azani, akhawat penang. Jalan dakwah n tarbiyyah ni masih memerlukan orang-orang sepertinya. Please bear my sister. Please doakan dia cepat sembuh.
Bila baca balik kata-kata yang dia tulis, kita ni sangat lemah. Sangatttt lemah...
akak kena jalani hidup macam biasa. akak kena paksa jugak diri akak..
sebab .. kalau akak lemah2 , keadaan akak still akan bertambah lemah jugak. so , lebih baik akak nikmati hidup akak.. daripada biar jasad akak terbring seharian2 . betul x?
"Ibu, beritahu saya bagaimana datuk boleh menjadi penakluk yang maha agung. Apakah rahsianya?" Pernah dia bertanyakan soalan itu kepada ibunya.
"Dalam diri kita ini ada sesuatu yang paling hebat. Sekiranya kita pandai menggunakannya, kita boleh menguasai dunia dan segala isinya., " jawab ibunya seperti berteka-teki.
"Apakah yang paling hebat itu, ibu?" Dia pula yang bertanya kerana ingin sangat mengetahuinya.
"Cuba kamu teka apakah yang paling hebat dalam dunia ini?" ibunya tidak menjawab sebaliknya bertanya pula.
"Gunung." Dia menjawab dengan jujur kerana baginya gunung yang paling kuat. Gunung tidak runtuh walau dipukul ribut dan hujan lebat. Malah apabila terjadi gempa bumi sekalipun, gunung tidak musnah.
"Gunung menjadi kuat kerana disokong oleh batu-batan yang ada di dalamnya," Begitu kata ibunya.
"Sekiranya begitu, batulah yang paling kuat,"kata Hulagu Khan.
"Ada yang lebih kuat daripada batu iaitu besi, " balas ibunya. Kemudian kata ibunya lagi, "Ada yang lebih kuat daripada besi iaitu api kerana api boleh mencairkan besi."
"Sekiranya begitu, maka api yang paling kuat".
"Air lebih kuat daripada api kerana air boleh memadamkan api."
"Sekiranya begitu, air yang paling kuat dalam dunia ini. Betul ibu?" Dia mahukan kepastian.
"Sambil tersenyum ibunya menjawab, "Kita lebih kuat daripada air kerana dalam badan kita ada air. Setiap hari kita minum air. Kita tidak boleh hidup tanpa air.
"Sekiranya begitu, manusia paling kuat dalam dunia ini, " katanya sambil tertawa.
"Manusia menjadi kuat apabila manusia bijak menggunakan otaknya. Otak menjadi kuat apabila dibantu oleh semangat yang kuat. Kerana itu, bagi penakluk yang hebat, kamu mesti bersemangat kuat dan bijak menggunakan otak.
-petikan novel Hulagu Khan-
(Tangan yang mengayun buaian)
********************************
Memang sejak akhir-akhir ni, istiqamah nak membaca blog yang membangkitkan ruh tu makin hilang sejak musim exam tambah dengan cuti yang tak berapa nak panjang ni. Alasan je:( Apatah lagi nak menulis kan. But thanks to Allah so much. Dia hantar something supaya tersedar dari lena yang panjang tadi.
Just know, i got the message from someone and that message make me inspired to read and suggest blogs:)
seronoknyeee blog walking. kite ade hobi baru sme dgn awk !!
Sangat mengharapkan biarlah blog yang dibaca dapat membangkitkan jiwa, semangat, menjadi salah satu wasilah untuk dnT walaupun satu ayat dan mesej tersebut membuatkan rasa semangat nak baca balik post-post sebegini.
Kadang-kadang tarbiyyah boleh datang dalam bentuk games.
kadang-kadang tarbiyyah boleh datang dalam membaca.
kadang-kadang tarbiyyah boleh datang dalam bentuk lagu.
kadang-kadang tarbiyyah boleh datang melalui kawan juga...
Walaupun simple:)
Wallahualam...
Tak tahu, tiba-tiba rindu Sunway sangat-sangat.
SUNWAY...
Bumi yang banyak mengajar erti dakwah dan tarbiyyah. Di situ, aku banyak dicorakkan sehingga menjadi aku yang sekarang. Status ku masa tu masih lagi seorang mad'u yang di bawah jagaan akak-akak tersayang. Di situ ramai ikhwah akhawat yang dilahirkan. Di situ, terbina suatu ukhwah yang hanya berpaksikan semata-mata kerana Allah Taala. Yup, Sunway bumi tarbiyyah walaupun kami minoriti muslim kot. Orang cakap macam oversea cuma tak ada salji je.
Orang mungkin ramai tak mengenali aku sebab kelas yang berbeza. Rumah lain-lain. Yang menyatukan kita bila hadirnya program dnT. Kalau yang kenal pun rakan-rakan akhawat. Hanya beberapa orang sahaja bakal doktor muslim di situ. Selebihnya bakal-bakal saintis(bioteknologi) dan jurutera.
InsyaAllah:)
Minggu ini adalah minggu yang terakhir bagi modul metabolism, maka exam pagi tadi menandakan berakhirnya semester 1 di sini. Maka, 2 minggu ini merupakan study week untuk kami kami di sini.
Sejak 3 minggu lepas, saya dihujani dengan kesibukan yang tak putus-putus. Sibuk dengan ujian dunia namun InsyaAllah jika disandarkan dengan niat yang ikhlas dan jalan yang betul, Allah akan membalas semua pengorbanan ini. Sibuk dengan program insahniah bersama adik-adik MRSM, projek TITAS dan juga projek ENGLISH. Dan esok merupakan hari presentation untuk TITAS dan English.
Kucar kacirnya hidup saya sejak kebelakangan ini, mungkin sudah tiba masanya untuk saya bermuhasabah.
Betul lah manusia itu memang bersikap terburu-buru.
Peristiwa 11 januari lepas betul-betul meninggalkan kesan di hati. Kerana sikap terburu-buru, saya dan housemate terlibat dalam satu kemalangan. Ok, over sedikit di situ. Sebenarnya kemalangan kecil aka jatuh motor. Dek kerana hal kecemasan yang tak dapat dielakkan, saya membawa motor yang sangat laju dan tidak sempat menekan brek untuk masuk ke selekoh. Ye, memang sangat laju. Kalaulah meter motor tu tak rosak, memang anda akan nampak jarum berada pada nombor terakhir. Hoho...Forgive me my friend for making u injured.
Alhamdulillah, kami terselamat buat kali kedua. Tiada patah tangan dan kaki cuma luka kaki dan tangan dan tangan sebelah kiri terkehel sedikit. Jazakillahu khair kepada semua yang membantu bermula dari tempat kejadian sampailah dalam proses penyembuhan ini. Mereka yang menghantar hingga ke klinik, yang tolong mencuci luka, yang tolong membuka pintu dan banyak lagi yang tak akan habis nak disebut. Hanya Allah yang membalas jasa kalian semua.:)
Pada post yang lepas, saya ada menceritakan kes kemalangan yang hampir meragut nyawa kami. Dan apabila menerima komen dari seorang akhawat adakah berbaloi untuk Allah selamatkan kita dengan usaha yang sedikit sekali. Kadang kala masih berkira-kira untuk bekerja di jalan dakwah dan tarbiyyah. In fact, memang saya tidak layak sekali.
Kadang-kadang soal diri sendiri...
Masih teragak-agak ke nak pergi usrah, konferens riang bila musim peperiksaan tiba?
Masih teragak agak ke nak pergi berukhwah ?
atau masih teragak-agak nak bangun solat subuh pukul 6(sekarang)?
Yang maha membolak balikkan hati, peliharalah hidayah yang kami terima...
Wallahualam
p/s : doakan kami untuk exam yang akan datang
p/s : doakan kami cepat sembuh:)
p/s :doakan kami terus thabat di jalanNya
p/s : tak tahu trauma atau tidak nak bawa motor lagi selepas ni...
Tahun baru kali ini memang betul-betul bermakna, bermakna apabila berada di atas jalan dnT. Tak mahu cerita panjang-panjang tapi cukup nak cakap menghabiskan masa di rumah akhawat. Orang cakap atau ada hadis atau siapa yang tahu boleh kongsi lepas ni, kita tak akan kenal saudara kita tu selagi tak tidur, makan dan bermusafir bersama-sama.
Sebenarnya nak kongsi sedikit games taaruf yang kami buat semalam. Demi memenuhi janji kepada seorang ukhti dalam post USKAB KETIGA :)
Sambil menunggu makanan yang tak kunjung tiba. 2 jam tu jadi naqibah kami ambil kesempatan untuk bertaaruf.
1.Ok, pertama kena cerita satu benda baik dan satu benda buruk yang terjadi dekat kita masa sekolah menengah. Erk, rasanya yang ini biarlah menjadi rahsia antara kami. Tapi serius, masa tu tak dapat fikir pun benda apa yang baik yang saya pernah buat tapi banyak benda buruk. Jadi, ibrahnya kadang-kadang kita tak muhasabah pun benda yang dah jauh ketinggalan bila ada satu turning point kita da jumpa kan...
2.Kena cakap perkataan dengan spontan. Memang nak tergelak-gelak sebab kita akan tend nak keluarkan perkataan yang ada dekat dengan sekeliling kita. Memang masa tu tengah lapar dan tengah makan laici kang. Jadi, keluarlah perkataan lapar, dahaga, cincau, katak dan berlapang dada. Seterusnya kena bagi tazkirah berdasarkan perkataan yang dipilih. Memang speechless sebab keluar perkataan mengarut tapi Allah bagi idea. Jadilah tazkirah pendek
Alhamdulillah..
I really appreciate of the incident this evening. Allah still gives us the oppurtunity to live. We nearly hit by a car (HILUX). That time, the rain is heavy and that car is speedy. But Allah fated that the car hit the divider instead of hit us. Yet, a spatter of mud hit our clothes and my face.
Yet...
I still feel guilty towards him as we did not drop by to see his condition. The rain is heavy and the road is jammed. Maybe we are too nervous. Tachycardia for a while perhaps. But looking from the side as we passed by, he seems ok. Yet, we did not whose fault. I hope to hear about his news tomorrow.
Maybe it's a reminder for us. I was happy enjoying the meals before the incident. If Allah wants to take our life, He may do it only a while.
The most saddest part is I did not feel 'anything', only the 'driver' felt nervous but after I watched this video, tears rolled down. Only then I realized, I must really appreciate my life.
http://www.youtube.com/watch?v=Yco-t7zRXDA&feature=youtu.be&a
THANKS ALLAH:)
let's pray for adik Ahmad Mahir Baihaqi bin Che Amran (RAIHAN)...