Tahun baru kali ini memang betul-betul bermakna, bermakna apabila berada di atas jalan dnT. Tak mahu cerita panjang-panjang tapi cukup nak cakap menghabiskan masa di rumah akhawat. Orang cakap atau ada hadis atau siapa yang tahu boleh kongsi lepas ni, kita tak akan kenal saudara kita tu selagi tak tidur, makan dan bermusafir bersama-sama.
Sebenarnya nak kongsi sedikit games taaruf yang kami buat semalam. Demi memenuhi janji kepada seorang ukhti dalam post USKAB KETIGA :)
Sambil menunggu makanan yang tak kunjung tiba. 2 jam tu jadi naqibah kami ambil kesempatan untuk bertaaruf.
1.Ok, pertama kena cerita satu benda baik dan satu benda buruk yang terjadi dekat kita masa sekolah menengah. Erk, rasanya yang ini biarlah menjadi rahsia antara kami. Tapi serius, masa tu tak dapat fikir pun benda apa yang baik yang saya pernah buat tapi banyak benda buruk. Jadi, ibrahnya kadang-kadang kita tak muhasabah pun benda yang dah jauh ketinggalan bila ada satu turning point kita da jumpa kan...
2.Kena cakap perkataan dengan spontan. Memang nak tergelak-gelak sebab kita akan tend nak keluarkan perkataan yang ada dekat dengan sekeliling kita. Memang masa tu tengah lapar dan tengah makan laici kang. Jadi, keluarlah perkataan lapar, dahaga, cincau, katak dan berlapang dada. Seterusnya kena bagi tazkirah berdasarkan perkataan yang dipilih. Memang speechless sebab keluar perkataan mengarut tapi Allah bagi idea. Jadilah tazkirah pendek
Sebut sahaja program di luar, sudah semestinya kami disajikan dengan pelbagai games ukhwah yang menarik. Ada menongkah angin, rumahku bukan untukmu, bocor nikmat dan kotak beracun.
Apa yang terkesan di hati tentulah game 'bocor nikmat'.
-Bahagi kumpulan ikut bulan kelahiran...pastu tambah tolak bagi sama bilangan ahli dalam setiap kumpulan
-Yang selebihnya:Separuh jadi buta DAN patah sebelah tangan, separuh lagi bisu DAN tempang sebelah kaki-Tujuan:Isi air dari pantai dalam botol yang berlubang...jalan sampai ke baldi dekat ketua
dan masukkan dalam baldi tu...Isilah sampai habis masa
Pada ketika itu, aku dikehendaki menjadi seorang yang buta dan patah tangan. Aku kena ambil air kat pantai ditemani seorang rakan yang bisu dan patah kaki. Sedar-sedar kakiku sudah basah bila ombak dan menghempas pantai. Tak tahu nak kata apa cumanya rasa sangat 'seksa' walaupun hilang penglihatan untuk 10 minit. Rasa betul-betul menghargai nikmat Allah ketika itu. Selama ini, mata ini banyak sangat tengok perkara-perkara maksiat.
====================================
Tadabur alam
Memandangkan sesi kali ini adalah outdoor, akhawat-akhawat berkongsi ayat Allah mengenai alam. Jom kongsi ayat sikit....
Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhintungan(waktu). Allah tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.(10:5)
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan. (2:74)
====================================
Tafakur alam
Slot terakhir, kami menghayati bait-bait kalam dari seorang ukhti yang mengingatkan serta menyedarkan kembali tentang dosa dan kelalaian sepanjang hidup ini
Sangat sesuai tafakur alam diadakan memandangkan kami betul-betul berada dikelilingi alam. Memang betul-betul meresap di jiwa.
Sangat malu apabila tengok sendiri alam sekeliling bertasbih.
Bunyi deruan ombak yang menghempas...
Bunyi burung-burung berkicauan....
Pohon-pohon hijau bergoyang-goyang.....
Dan sangat malu tika kami memegang pasir-pasir halus membayangkan dosa yang sangat banyak camtu...
Benarlah dengan hanya melihat alam, manusia mampu menangis. Bukankah itu menandakan kebesaran Sang Pencipta?
Walaupun penat, ibrahnya dan ukwah itu sangat terasa. Bertemu dengan akhawat-akhawat local dan overseas. InsyaAllah cuba mengkreatifkan usrah....
Kata seorang sister
"Kadang-kadang mungkin kita rasa pemergian kita ke sesuatu majlis ilmu, program atau apa-apa seumpamanya mungkin cam tak best kita rasa, atau mungkin rasa tak nak, malas atau ape sahaja tapi andai kita berkorban untuk pergi, Allah mesti bagi something"
Pejam celik sudah hampir sebulan saya di rumah. Alhamdulillah seronok sebenarnya cuti lama.
Pertamanya, tentulah skill memasak saya makin bertambah baik sejak diberi mandat untuk ke dapur memandangkan si ibu sudah mula bekerja. Dari nasi goreng biasa sudah tahu mempelbagaikan nasi goreng(tu pun nak bangga ke?).
Sebenarnya saya ini seorang penakut. Haha... Bab kata orang, demi memenuhi tuntutan dnT saya tegar untuk mengambil lesen memandu. Yelah nak ke USKAB-usrah kabilah takkan nak harapkan mak je yang hantar. Nak jemput akhawat dari jauh untuk pergi USKAB lagi. Nak berprogram semuanya lah tentu memerlukan skill memandu kan. Bisa sahaja boleh berubah menjadi fardhu ain kan. Alhamdulillah masih terus belajar dan belajar.
Dunia tarbiyyah pula tidak akan ketandusan walau di mana jua kita berada. Buktinya saya masih diberi peluang untuk join usrah, rehlah, program dnT walaupun berada di kampung halaman. Kalu tak dapat ini semua, boleh aplikasikan usrah online. Masih juga berkesempatan bertemu dengan akhawat-akhawat lain dan merasakan indahnya ukhwah. Kadang-kadang tak pernah bertentang mata pun, tapi cukup merasakan seolah-olah sudah kenal berdekad-dekad. Ukwahfillah.....
Dan insyaAllah kalau ada rezeki saya akan mula bekerja mulai minggu depan. Kerjanya apa jeng jeng... biarlah rahsia . Yang penting halalan toyyiba. Mengisi lopong-lopong yang ada agar karat jahiliah tidak terus melekat. Saya akui memang banyak dugaan untuk dihadapi sepanjang cuti ini. Dalam kenikmatan bercuti masih ada yang perlu dibimbangi agar tidak terus hanyut dengan karat jahiliah.
Waima bab-bab makan pun perlu dijaga agar tidak terus overdose. Seronok baca post in. Cite bab-bab makan ni, masih ada yang sudi ajak saya pergi jogging. Bab kata si akak, memang QAWIYYUL JISM( haha..tuntutan individu muslim sebelum pergi ke BM).
Tidak lupa juga, terima kasih daun keladi buat si akak sebab sudi hadiahkan saya buku para sahabat. Siap 2 jilid lagi dia bagi. InsyaAllah nak khatam kisah para anbiya. Supaya dapat tahu siapa pemegang panji Ansar Muhajirin, siapa yanng paling berani...keunikan masing-masing supaya dakwah fardiyyah terus terlaksana bukan sekadar tahu siapa pelakon filem Nur Kasih je.
Buat sahabat-sahabat di Ipoh dan Penang, harap kalian baik-baik sahaja. Ayuh jadi sang pencerah di sana!!!
Bismillah...
Minggu ni saya berholiday di rumah selama seminggu. Sangat best bila bercuti di rumah. Ada yang mungkin bosan sebab rata-rata cuti uni tak sama dengan cuti sekolah. Mungkin tiada adik-adik untuk bermain atau teman lain tak bercuti sama. Bagi saya, saya memang kekurangan teman untuk keluar berjalan-jalan memandangkan ramai kawan saya yang majoritinya orang kelantan. Nilah nasib merantau di negeri orang.Heheh..Papepun saya masih bersyukur. Ada ibu yang tak bekerja dan adik yang boleh menemani. Taklah rasa kebosanan sangat walaupun adalah jugak.
2 hari yang lepas, saya ikut ibu saya menolong nenek di kedai. Sempatlah saya jumpa dengan teman saya, ika. Kongsi-kongsi cerita pasal rakan-rakan masa kat maktab dulu. Bangga sebab ramai yang dah fly. Bakal doktor, engineer, pendidik,akauntan...Moga kejayaan ini kejayaan untuk islam. Afwan juga untuk semua sahabat dulu di maktab, bukan tak nak contact tapi segan.
Masa kat kedai, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu melambung. Terkejut!!!Rupanya ada sebuah motor langgar sorang pakcik. Ramai yang mengerumuni dan saya lihat ada orang yang mengangkat pakcik tu. Masa tu saya tak taw nak buat apa pun. Nak call ambulans ada orang da call tapi saya rasa saya kena buat sesuatu sementara tunggu ambulans pun sampai. Rasa tanggungjawab tu ada walaupun belum jadi doktor, mungkin tanggungjawab sesama muslim.
SEMALAM
Saya pulang ke rumah nenek dan saya terima satu berita. Pak cik tu dah meninggal pukul 6 petang semalam. Masa tu saya rasa terkilan sangat. Mungkin ada sesuatu yang mampu saya lakukan sebelum menunggu ambulans datang. Rasa menyesal sebab tak bagi tumpuan masa guru menerangkan pertolongan cemas dan rasa menyesal sebab tak join kelas basic life support kat uni. Mungkin itu takdirnya dan mungkin itu salah satu tarbiyyah buat diri saya supaya lepas ni beri tumpuan dalam kelas. Sebenarnya,memang saya tak menjangkakan kematian pak cik kalu dilihat kecedaraan luar yang menimpa dirinya. Doktor cakap ada pendarahan yang berlaku sehinggakan darah keluar melalui telinganya.
Bila hal ini berlaku, teringat kisah Prof Latif. Dia cakap masa tu lecturer sedang menerangkan kepada student jangan bagi potassium kat patient ni sebab akan membawa maut. Tapi kawannya hanya mendengar perkataan potassium dan akhirnya si kawan memberi potassium kepada patient. Rasanya semua boleh taw apa yang berlaku lepas tu kan. Sebab tulah dia cakap satu benda dia minta supaya student medic please pay attention in class. InsyaAllah lepas ni kita sama-sama ikhlaskan diri untuk belajar supaya lebih mudah ilmu meresap ke segenap jiwa kita.
To bakal-bakal physician...
Masa orang lain bercakap pasal isu ini, macam-macam hal yang diungkitkan. Ada yang cakap berkemungkinan salah doktor sebab lambat bagi treatment dan mereka pernah berpengalaman merasainya. Masa tu clueless sebab saya bakal menyertai bidang ini satu hari nanti. Nanti bila nak jadi doktor, jadi doktor muslim yang terbaik ye.
IBRAH
1.Lepas ni bagi tumpuan dalam kelas. Kalu tak dapat fokus, mungkin boleh cari alternatif lain supaya point2 penting tak tertinggal.
2.Join aktiviti yang penting seperti basic life support rather than sunathon.
3.To myself,perlu ikhlaskan diri dan bila masuk clinical years nanti or bertugas sebagai pegawai perubatan supaya hak kita untuk Allah, islam dan orang lain terlaksana sebaik mungkin.
Wassalam..
Entri ni tulis semalam, baru sempat edit dan post hari ni.
kepada kawan yang bawa motor dan kereta, hati-hati di jalan raya







