Saat ini, saya tak tahu untuk mengungkapkan kata-kata tentang apa yang dirasa.
Bercuti selama 3 bulan selepas 'peristiwa itu' di kolej lama, kemudiaan bakal menyambung cita-cita di tempat baru beberapa hari lagi memang teramat sukar. Lupakan peristiwa itu.
Tempat baru
Rasa bersemangat sekali untuk memulakan hari-hari baru dengan kaca mata dnT di tempat baru. Tidak sabar untuk bertemu dengan orang-orang dnT dan juga ingin sekali memulakan tugas sang murabbi setelah sekian lama bercuti.
Tapi ada kalanya, saya rasa takut memikirkan suasana baru, siapa akan saya temui terutamanya akhawat-akhawat dan merasakan diri keseorangan.Sedikit sebanyak hal ini merungsingkan saya atas sebab-sebab tertentu atau mungkin saja hanya saya yang bersangka demikiaan. Perasaan sentiasa bercampur baur.
Kata seorang akhawat..
Expect yang terbaik. Permulaan yang baru manfaatkan....
Saya berusaha menyangka yang baik, berharap akan bertemu akhawat-akhawat di sana dan juga bakal-bakal daie. Ayat 286 surah al baqarah sentiasa tergiang-giang.Tapi kadang-kadang terselit rasa gelisah. Jelas diri rasa futur bila merasakan diri ini bersendirian apabila akhawat-akhawat lain tercampak di kolej lain.
Bersangka yang bukan-bukan.
Nauzubillahiminzalik
Tidak sedarkah saya bahawa apa-apapun bakal terjadi, Dia yang paling dekat sekali.
Tidak sedarkah saya bahawa Allah mengikut sangkaan hamba-hambaNya.
Rasa semangat jatuh merundum...
Tapi Allah itu akan Maha Penolong. Baru sahaja menerima khabar gembira. Saat dikhabarkan ada beberapa orang akhawat senior di sana tadi, perasaan berbunga-bunga. Macam orang bercinta kot. Bersemangat lagi bila ada akhawat cakap...
jadilah seperti nila yang pekat. Jatuhnya setitik membirukan sebelanga air, awak tercampak ke mana pun, 'birukan tempat itu ye. Contohi jaafar bin abi talib r.a., mus'ab bin umair r.a., dan abu dzar al-ghifari r.a. yang menjadi nila islam.
Oh, saya mahu menjadi nila yang dikhabarkan itu. Saya mahu bersangka baik dengan Allah.
Moga saya dipertemukan dengan daie-daie di sana, bakal-bakal akhawat dan juga para al hawariyyun.
Moga segala urusan saya sebagai daie dan pelajar perubatan di sana berjalan dengan lancar.
Sedar perasaan gembira ini pun satu ujian dan bukankah Dia telah berfirman, tidak beriman seseorang itu selagi belum diuji.
InsyaAllah doakan saya terus thabat, bersemangat waja di sana..:)
Ibrahnya
Orang cakap nak seribu daya, tak nak seribu dalihkan. Sama macam kes ni, kadang-kadang kita sendiri yang kena bergerak nak cari akhawat-akhawat di sana, dengan siapa untuk kita berusrah walaupun ada murrabbi yang membantu nak pass nama dekat jemaah di sana. Pengalaman pun satu tarbiyyah kan.?
Wallahualam
p/s:Terima kasih untuk mereka yang sentiasa mendoakan saya, hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Post ni tak ditujukan kepada siapa-siapa tapi pun tapi gelora jiwa saya sendiri.Hehe...
Tidak dapat dinafikan, ISK-ini sejarah kita menjadi salah satu wadah untuk menarik para duat ke dunia tarbiyyah. Rata-rata bakal daie akan dimulakan pengisian dengan ISK sebelum ke slot-slot yang lain.
Dengarlah ISK banyak kali pun, insyaAllah benda yang sama yakni sejarah islam akan disampaikan.
Kali pertama dengar, mungkin akan terasa seperti dihempap batu, terbuka minda, dan rasa meluap-luap nak belajar sejarah islam.
Kali kedua dengar, mungkin masih lagi sebagai peserta berusaha memahamkan sejarah-sejarah islam atu nak mantapkan skill penyampaian.
Kali ketiga dengar dan kali-kali seterusnya, ada yang jadi ikhwah akhawat facy dan tak kurang pula ada yang dah jadi penyampai.
Tak kisahlah berapa kali pun, jangan pernah merasa jemu dan bosan.
Kata KH Rahmat Abdullah,
Macam-macam...
Moralnya, para daie harus mempersiapkan diri semampu yang boleh jika anda sebagai penyampai atau facy-facy ISK supaya tidak terkesima dan dapat menerangkan sebaik mungkin kepada para duat sekalian, supaya mereka betul-betul yakin dengan hujah-hujah kita.
Bukankah kita saling melengkapi???
Post cinta ke?
Bukan....bukan....
Sejak akhir-akhir ini saya sering dihujani soalan yang sama terutamanya dari rakan sekolah menengah. Macam mana boleh terlibat dengan usrah atau lebih spesifiknya gerak kerja dnT? Saya bukanlah berlatar belakangkan keluarga yang sememangnya ada pakcik makcik orang kuat jemaah..IKRAM, ISMA etc, apatah lagi tak pernah kenal erti tarbiyyah pun sebelum ini. Bukannya saya mahu membuka pekung di dada tetapi biarlah saya coretkan kisahnya moga saya lebih menghargai nikmat yang Allah bagi ni.
Kisahnya bermula sebaik sahaja saya tamat SPM. Saya dan seorang rakan ketika itu sedang menghadiri satu temuduga bawah yayasan pelajaran mara. Sebelum itu, saya dimaklumkan oleh mak sepupu saya bahawasanya ada sebuah kem akan berlangsung selama 2 hari di salah sebuat pusat peranginan di Terengganu. Saya teruja memikirkan bahawa itu adalah kem yang jenis nak lepas tension after SPM apatah lagi tiada apa-apa bayaran yang dikenakan. Bayangkan semua free, tepi pantai pulak tu siapa tak nak pergi kan? Apalagi, malam sebelum itu saya memang sudah mesej beberapa orang rakan untuk turut serta tapi Allah itu Maha Berkuasa kan, hanya seorang sahaja rakan saya yang dapat turut serta.
Ok, kami tiba hampir waktu tengahari dan tertinggal satu slot gara-gara menghadiri temuduga. Pertama kali saya sampai, saya rasa malu dan kaget. Tertanya-tanya dengan rakan kem apakah ini?Terkejut sebab tengok semua orang pakai tudung labuh. Hanya kami berdua sahaja yang pakai biasa-biasa sahaja.
Mula sahaja sesi kedua, seorang akhawat menerangkan kepada kami apa yang kami ketinggalan. Saya sudah agak pelik disitu kenapa akak itu beria-ia mahu menerangkan apa yang kami ketinggalan. Seolah-olah ia amat penting sekali. Saat sesi taaruf dengan akhawat-akhawat semua, saya sekali lagi rasa teruja. Disebabkan pemikiran yang terlalu sempit ketika itu, saya hanya menyangkakan bahawasanya mereka semua adalah graduan dari negara arab bila mereka mengaku mereka graduan overseas. Tidak sama sekali, sangkaaan saya meleset. Mereka semua rata-rata akhawat UK. Mantop...
Sebaik sahaja habis pengisian, barulah semuanya jelas apa yang cuba disampaikan. Rasa macam dihempap batu di atas kepala. Tak perlulah diceritakan secara detail tetapi dari saat itulah saya tahu erti tarbiyyah, erti dakwah, erti hidup sebagai seorang hamba Allah. Saya masih ingat apa yang akhi itu cakap "selepas ini kamu nak cakap dengan orang ibarat ayam dengan itik bila kamu dah faham" . Maksudnya tak semua yang kita hendak sampaikan orang akan faham sebab meraka tak faham betul-betul.
Syukur-syukur alhamdulillah saat saya masih terkapai-kapai ketika itu, Allah sentiasa menolong. Akhawat-akhawat tak pernah ketinggalan nak follow up adik-adik mereka. Saya hadir boleh dikatakan setiap perjumpaan sehinggalah saya melanjutkan pelajaran di peringkat foundation.
Sekali lagi, saya diuji bila dicampakkan ke sebuah kolej yang islam itu sangat asing sekali. Kali pertama menjejakkan kaki di sana, saya mencari-cari orang yang memakai tudung atau lebih tepatnya orang islam. Semuanya 'pelik' sehinggalah saya masuk ke dewan. Bertemu juga beberapa orang students melayu.
Dan disini Allah tidak jemu-jemu untuk terus menyayangi hambanya. Tanpa kenal rupa dan siapa, dan hanya mesej sebagai perantara, ada akhawat yang sudi untuk mengikuti perkembangan saya di sini. Tak sangka ada akhawat UPM ambik no fon saya dekat sister yang saya follow up dekat Terengganu.
Cantik kan aturan Allah...
Di sana, saya belajar erti perubahan, erti ukhwah yang hanya semata-mata kerana Dia. Walaupun islam itu dalam keadaan asing, bilamana saya sendiri tak dapat bezakan bahawa si fulan ini adalah orang islam tapi saya rasa kuat untuk terus bermujahadah di sana sebab masing-masing merasakan bahawa islam itu tergugat. Benarlah, hati akan menjadi tenang apabila dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang solehah. Hati akan lebih mudah untuk tersentuh. Hati lebih mudah untuk bekerja melakukan kebaikan.
Dan apabila saya terpaksa berpindah ke kolej lain untuk menyambung pelajaran di peringkat degree, saya diuji dengan suasana yang berbeza. Saya masih dipertemukan dengan akhawat-akhawat di sana. Saya tidak mahu untuk bercerita apa yang berlaku di sana tapi cukuplah hanya nak cakap kita tak perlu menunggu hidayah Allah itu datang bergolek. Tidak perlu menunggu untuk orang bermesej untuk mendapatkan usrah, berukhwah dengan kita tapi carilah semua itu sendiri, minta pertolongan supaya ditemukan dengan rakan-rakan sefikrah dan biah yang solehah.
Jangan jadi seperti saya yang bagaikan menunggu buah durian gugur....
Kini, insyaAllah tidak lama lagi saya akan meneruskan pengajian di kolej yang baru.
Moga saya dapat terus kekal di jalanNya di sana.
Sekali lagi nak cakap cantik kan aturan Allah....
p/s : mr T stand for tarbiyyah...
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga blog saya versi baru disiapkan. Biidznillah..
InsyaAllah blog ini akan cuba dimanfaatkan sepenuhnya untuk keperluan dnT.
Doakan segala-galanya berjalan dengan lancar.
Ayuh bekerja untuk 10 ramadhan terakhir...
Alhamdulillah...
Ramadhan kali ini saya begitu teruja sehingga tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Allah masih lagi bagi kesempatan untuk saya menempuhi ramadhan kali ini. Ini adalah ramadhan pertama saya dapat berpuasa penuh di rumah tanpa beban kerja selepas 7 tahun di perantauan(rasanya...heheh) dan semestinya usia ramadhan kali ini yang meningkat sebagai seorang daie(kalu layak digelar la..)
Masa senang Allah juga jadikan sebagai satu ujian.
Itu apa yang dirasakan oleh diri saya sebab kali ini memang betul-betul tiada beban kerja, study. Kalu dulu masa dekat mrsm selalu sibuk dengan pelbagai aktiviti keusahawan, study terutamanya musim peperiksaan. Masa dekat kampus lama, tugas itu makin bertambah bukan dari kekangan masa tapi dari segi kepenatannya.
Dan kini, Allah kurniakan masa lapang buat saya agar saya dapat terus fastabaqul khairat(berlumba-lumba membuat kebaikan). Memenuhi list-list yang tertunda pada ramadhan lepas dan meningkatkan amal-amal sebelum ini. No more excuses after this.
Tapi saya sentiasa berasa takut sebab perkara-perkara lagha sentiasa ada di tepi-tepi. Tonton cerita tak berfaedah, banyak masa nak tidur, banyak makan, layan tenet overload. Itulah yang dimaksudkan satu ujian bagi saya. Kadang-kadang terfikir tarbiyyah dzatiyyah tak cukup kuat lagi. Perlu muhasabah!!!
Tadarrus al-quran sambil jeling-jeling maksud di sebelah. Harap saya kali ini bukan tadarrus semata-mata untuk sempat khatam quran 30 juzuk sahaja. Mula-mula baca surah baqarah sambil tengok makna rasa Allah bagi peringatan balik sebab banyak sangat ayat-ayat cinta Allah berupa teguran dalam surah ni. Kebelakangan ini sebelum pulang banyak benda telah berlaku di CUCMS. Mengingatkan diri saya balik tentang hal-hal lalu (((:
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).(2:212)
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).(2:214)
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(2:216)
Terawikh lak tiada alasan langsung untuk tak berjemaah kali ini. Zaman MRSM senang nak capai pahala jemaah sebab memang wajib terawikh sama-sama. Solat fardu kadang-kadang kena halau dengan warden-warden supaya jemaah di surau. Tinggal rela atau kena paksa je. Bila dekat Sunway, tak ada paksaan lagi namun Allah kurniakan sahabat-sahabat yang sefikrah dan bila dekat CUCMS cuba ajak rakan-rakan serumah solat sama-sama. Point kat sana sini siapa nak jadi imam. Alhamdulillah satu permulaan yang baik. Dan kini saya berkesempatan nak solat terawikh kat masjid balik. Masjid kami dapat import seorang imam dari Arab Saudi. Rasa sebak je bila imam mula baca ayat-ayat Allah. Alahai bestnya dapat tahu bahasa Arab...
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua
Sebagaimana Allah telah berfirman dalam surah Maryam ayat 25...
"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak"
Ketika itu, Maryam al-Muqadassa masih lemah setelah melahirkan Nabi Isa dan diarahkan untuk makan buah tamar.
Malah ada banyak lagi hadis-hadis mengenai buah tamar. Antaranya...
"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)
Yakni, hal ini jelas menunjukkan bahawasanya memang diakui buah tamar ada khasiatnya tersendiri.
Mengapa tiba-tiba saya bermuqadimmah dengan buah tamar ni???
Di saat beberapa orang akhawat hampir tumbang, muntah-muntah ketika permainan bola jaring diadakan dek kerana perjalanan kami yang agak jauh, cuaca yang agak panas dan tidak sarapan pagi(maklumla terlalu awal kami bertolak dan kami terlalu bersemangat..heheh) saya masih setia berada di dalam court. Meneruskan perlawanan kami yang saya kira agak lama(set 15-5-15 dan 7-2-7). Walhal saya juga seperti mereka yang tidak mengambil sarapan pagi pun sebab terlalu semangat meneruskan misi qawiyy ala jism(berharap tak masuk bakul angkat sendiri).
Namun rahsianya sudah semestinya hanya sebiji tamar.
Hebat kan buah tamar. Jadi pointnya, nak cakap jomlah kita rajin-rajin kan diri sahur walaupun ngan sebiji kurma. Tak kisahlah kurma safinna, wasim, yussof taiyyob ke....
============================================
Sukan ikhwah akhawat peringakat negeri kali ini memang sangat superb.
Ini adalah kali pertama saya berkesempatan untuk ambil bahagian menyahut seruan qawiyy jism.
Sangat-sangat gembira bila mana merasakan suasana yang lain, ikhtilat yang begitu terjaga dan yang penting semestinya ukhwahfillah itu. Dari hal besar sampai hal kecik-kecik...
Walaupun team kami kalah untuk peringkat pertama, saya tidak merasakan begitu kecewa dan down pun. Kalu sebelum ini saya merasakan begitu stress ketika bermain, kali ini rasa tenang je.
Malah saya merasakan sangat-sangat gembira dan relaks je bila lawan ngan team Besut sebabnya kami lawan sama-sama sendiri(team Besut majoriti diimport dari team kami-K.Terengganu). Defend saya pun seorang akhawat pihak kami dan cheers kami yang sama ngan pihak lawan cuma tukar warna je. Tidak sia-sia perjuangan kami dan insyaAllah harap diberkati tambah-tambahan kami sama-sama baca doa sebelum main.
Cheers kami-go kuning, go kuning Allahuakbar
Cheers lawan-go biru, go biru Allahuakbar....
Sukan kali ini berakhir dengan jayanya walaupun masih sakit-sakit badan dan penat.
Dakwah itu macam-macam salurannya dan dihiasi dengan mehnah-mehnah kehidupan namun beruntunglah bagi orang yang bersabar.
Salam Ramadhan al-Mubarak dan moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum-belumnya.
p/s-tahniah pasukan K.Terengganu berjaya jadi juara keseluruhan. Erkk..pasukan netbol kami biarlah rahsia...
Sebut sahaja program di luar, sudah semestinya kami disajikan dengan pelbagai games ukhwah yang menarik. Ada menongkah angin, rumahku bukan untukmu, bocor nikmat dan kotak beracun.
Apa yang terkesan di hati tentulah game 'bocor nikmat'.
-Bahagi kumpulan ikut bulan kelahiran...pastu tambah tolak bagi sama bilangan ahli dalam setiap kumpulan
-Yang selebihnya:Separuh jadi buta DAN patah sebelah tangan, separuh lagi bisu DAN tempang sebelah kaki-Tujuan:Isi air dari pantai dalam botol yang berlubang...jalan sampai ke baldi dekat ketua
dan masukkan dalam baldi tu...Isilah sampai habis masa
Pada ketika itu, aku dikehendaki menjadi seorang yang buta dan patah tangan. Aku kena ambil air kat pantai ditemani seorang rakan yang bisu dan patah kaki. Sedar-sedar kakiku sudah basah bila ombak dan menghempas pantai. Tak tahu nak kata apa cumanya rasa sangat 'seksa' walaupun hilang penglihatan untuk 10 minit. Rasa betul-betul menghargai nikmat Allah ketika itu. Selama ini, mata ini banyak sangat tengok perkara-perkara maksiat.
====================================
Tadabur alam
Memandangkan sesi kali ini adalah outdoor, akhawat-akhawat berkongsi ayat Allah mengenai alam. Jom kongsi ayat sikit....
Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhintungan(waktu). Allah tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.(10:5)
Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan. (2:74)
====================================
Tafakur alam
Slot terakhir, kami menghayati bait-bait kalam dari seorang ukhti yang mengingatkan serta menyedarkan kembali tentang dosa dan kelalaian sepanjang hidup ini
Sangat sesuai tafakur alam diadakan memandangkan kami betul-betul berada dikelilingi alam. Memang betul-betul meresap di jiwa.
Sangat malu apabila tengok sendiri alam sekeliling bertasbih.
Bunyi deruan ombak yang menghempas...
Bunyi burung-burung berkicauan....
Pohon-pohon hijau bergoyang-goyang.....
Dan sangat malu tika kami memegang pasir-pasir halus membayangkan dosa yang sangat banyak camtu...
Benarlah dengan hanya melihat alam, manusia mampu menangis. Bukankah itu menandakan kebesaran Sang Pencipta?
Walaupun penat, ibrahnya dan ukwah itu sangat terasa. Bertemu dengan akhawat-akhawat local dan overseas. InsyaAllah cuba mengkreatifkan usrah....
Kata seorang sister
"Kadang-kadang mungkin kita rasa pemergian kita ke sesuatu majlis ilmu, program atau apa-apa seumpamanya mungkin cam tak best kita rasa, atau mungkin rasa tak nak, malas atau ape sahaja tapi andai kita berkorban untuk pergi, Allah mesti bagi something"





