Alhamdulillah, akhirnya dapat juga blog saya versi baru disiapkan. Biidznillah..

InsyaAllah blog ini akan cuba dimanfaatkan sepenuhnya untuk keperluan dnT.

Doakan segala-galanya berjalan dengan lancar.

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan 
(94 :5)


Ayuh bekerja untuk 10 ramadhan terakhir...

Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan 
(91:3-4)

Alhamdulillah...

Ramadhan kali ini saya begitu teruja sehingga tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Allah masih lagi bagi kesempatan untuk saya menempuhi ramadhan kali ini. Ini adalah ramadhan pertama saya dapat berpuasa penuh di rumah tanpa beban kerja selepas 7 tahun di perantauan(rasanya...heheh) dan semestinya usia ramadhan kali ini yang meningkat sebagai seorang daie(kalu layak digelar la..)

Masa senang Allah juga jadikan sebagai satu ujian.
Itu apa yang dirasakan oleh diri saya sebab kali ini memang betul-betul tiada beban kerja, study. Kalu dulu masa dekat mrsm selalu sibuk dengan pelbagai aktiviti keusahawan, study terutamanya musim peperiksaan. Masa dekat kampus lama, tugas itu makin bertambah bukan dari kekangan masa tapi dari segi kepenatannya.

Dan kini, Allah kurniakan masa lapang buat saya agar saya dapat terus fastabaqul khairat(berlumba-lumba membuat kebaikan). Memenuhi list-list yang tertunda pada ramadhan lepas dan meningkatkan amal-amal sebelum ini. No more excuses after this. 
Tapi saya sentiasa berasa takut sebab perkara-perkara lagha sentiasa ada di tepi-tepi. Tonton cerita tak berfaedah, banyak masa nak tidur, banyak makan, layan tenet overload. Itulah yang dimaksudkan satu ujian bagi saya. Kadang-kadang terfikir tarbiyyah dzatiyyah tak cukup kuat lagi. Perlu muhasabah!!!

Tadarrus al-quran sambil jeling-jeling maksud di sebelah. Harap saya kali ini bukan tadarrus semata-mata untuk sempat khatam quran 30 juzuk sahaja. Mula-mula baca surah baqarah sambil tengok makna rasa Allah bagi peringatan balik sebab banyak sangat ayat-ayat cinta Allah berupa teguran dalam surah ni. Kebelakangan ini sebelum pulang banyak benda telah berlaku di CUCMS. Mengingatkan diri saya balik tentang hal-hal lalu (((:

Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).(2:212)


Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).(2:214)

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(2:216)


Terawikh lak tiada alasan langsung untuk tak berjemaah kali ini. Zaman MRSM senang nak capai pahala jemaah sebab memang wajib terawikh sama-sama. Solat fardu kadang-kadang kena halau dengan warden-warden supaya jemaah di surau. Tinggal rela atau kena paksa je. Bila dekat Sunway, tak ada paksaan lagi namun Allah kurniakan sahabat-sahabat yang sefikrah dan bila dekat CUCMS cuba ajak rakan-rakan serumah solat sama-sama. Point kat sana sini siapa nak jadi imam. Alhamdulillah satu permulaan yang baik. Dan kini saya berkesempatan nak solat terawikh kat masjid balik. Masjid kami dapat import seorang imam dari Arab Saudi. Rasa sebak je bila imam mula baca ayat-ayat Allah. Alahai bestnya dapat tahu bahasa Arab...




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua
p/s: Tadi sempat baca blog rakan mesir. Sedih salah seorang rakan telah pergi sebelum sempat jenguk ramadhan. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat golongan orang-orang beriman. Rasa bersyukur sangat-sangat Allah bagi peluang kali ini untuk kita sama-sama 'bekerja' di bulan mulia ini.

Sebagaimana Allah telah berfirman dalam surah Maryam ayat 25...


 "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak"


Ketika itu, Maryam al-Muqadassa masih lemah setelah melahirkan Nabi Isa dan diarahkan untuk makan buah tamar.

                                                        Kisah Maryam al-Muqadassa 




Malah ada banyak lagi hadis-hadis mengenai buah tamar. Antaranya...


"Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)


Yakni, hal ini jelas menunjukkan bahawasanya memang diakui buah tamar ada khasiatnya tersendiri.


Mengapa tiba-tiba saya bermuqadimmah dengan buah tamar ni???
Di saat beberapa orang akhawat hampir tumbang, muntah-muntah ketika permainan bola jaring diadakan dek kerana perjalanan kami yang agak jauh, cuaca yang agak panas dan tidak sarapan pagi(maklumla terlalu awal kami bertolak dan kami terlalu bersemangat..heheh) saya masih setia berada di dalam court. Meneruskan perlawanan kami yang saya kira agak lama(set 15-5-15 dan 7-2-7). Walhal saya juga seperti mereka yang tidak mengambil sarapan pagi pun sebab terlalu semangat meneruskan misi qawiyy ala jism(berharap tak masuk bakul angkat sendiri).


Namun rahsianya sudah semestinya hanya sebiji tamar.
Hebat kan buah tamar. Jadi pointnya, nak cakap jomlah kita rajin-rajin kan diri sahur walaupun ngan sebiji kurma. Tak kisahlah kurma safinna, wasim, yussof taiyyob ke....




============================================




Sukan ikhwah akhawat peringakat negeri kali ini memang sangat superb.
Ini adalah kali pertama saya berkesempatan untuk ambil bahagian menyahut seruan qawiyy jism.
Sangat-sangat gembira bila mana merasakan suasana yang lain, ikhtilat yang begitu terjaga dan yang penting semestinya ukhwahfillah itu. Dari hal besar sampai hal kecik-kecik...


Walaupun team kami kalah untuk peringkat pertama, saya tidak merasakan begitu kecewa dan down pun. Kalu sebelum ini saya merasakan begitu stress ketika bermain, kali ini rasa tenang je.
Malah saya merasakan sangat-sangat gembira dan relaks je bila lawan ngan team Besut sebabnya kami lawan sama-sama sendiri(team Besut majoriti diimport dari team kami-K.Terengganu). Defend saya pun seorang akhawat pihak kami dan cheers kami yang sama ngan pihak lawan cuma tukar warna je. Tidak sia-sia perjuangan kami dan insyaAllah harap diberkati tambah-tambahan kami sama-sama baca doa sebelum main.


                                               Cheers kami-go kuning, go kuning Allahuakbar
                                                                    Cheers lawan-go biru, go biru Allahuakbar....




Sukan kali ini berakhir dengan jayanya walaupun masih sakit-sakit badan dan penat. 


Dakwah itu macam-macam salurannya dan dihiasi dengan mehnah-mehnah kehidupan namun beruntunglah bagi orang yang bersabar.


Salam Ramadhan al-Mubarak dan moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum-belumnya.


p/s-tahniah pasukan K.Terengganu berjaya jadi juara keseluruhan. Erkk..pasukan netbol kami biarlah rahsia...

im-ua

Uskab seterusnya adalah  berlainan seperti biasa. Memandangkan aku telah berjanji untuk berkongsi apa yang diperolehi dengan akhawat-akhawat semua, blog ini menjadi saksi coretan ini. Program ini berlangsung pada jumaat lepas di Pantai Batu Burok bermula jam 7.30 hingga 11 pagi.


Sebut sahaja program di luar, sudah semestinya kami disajikan dengan pelbagai games ukhwah yang menarik. Ada menongkah angin, rumahku bukan untukmu, bocor nikmat dan kotak beracun.
Apa yang terkesan di hati tentulah game 'bocor nikmat'.


-Bahagi kumpulan ikut bulan kelahiran...pastu tambah tolak bagi sama bilangan ahli dalam setiap kumpulan
-Seorang ketua(Hanya ketua boleh bagi arahan)
-Yang selebihnya:Separuh jadi buta DAN patah sebelah tangan, separuh lagi bisu DAN      tempang sebelah kaki
-Tujuan:Isi air dari pantai dalam botol yang berlubang...jalan sampai ke baldi dekat ketua 
dan masukkan dalam baldi tu...Isilah sampai habis masa


Pada ketika itu, aku dikehendaki menjadi seorang yang buta dan patah tangan. Aku kena ambil air kat pantai ditemani seorang rakan yang bisu dan patah kaki. Sedar-sedar kakiku sudah basah bila ombak dan menghempas pantai. Tak tahu nak kata apa cumanya rasa sangat 'seksa' walaupun hilang penglihatan untuk 10 minit. Rasa betul-betul menghargai nikmat Allah ketika itu. Selama ini, mata ini banyak sangat tengok perkara-perkara maksiat.


====================================
Tadabur alam


Memandangkan sesi kali ini adalah outdoor, akhawat-akhawat berkongsi ayat Allah mengenai alam. Jom kongsi ayat sikit....


Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat-tempat orbitnya, agar kamu mengetahui bilangan tahun, dan perhintungan(waktu). Allah tidak menciptakan demikian itu melainkan dengan benar. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.(10:5)


Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras. Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya. Ada pula yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya. Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah tidaklah lengah terhadap apa yang kamu kerjakan. (2:74)


====================================


pantai batu burok











Tafakur alam


Slot terakhir, kami menghayati bait-bait kalam dari seorang ukhti yang mengingatkan serta menyedarkan kembali tentang dosa dan kelalaian sepanjang hidup ini


Sangat sesuai tafakur alam diadakan memandangkan kami betul-betul berada dikelilingi alam. Memang betul-betul meresap di jiwa. 
Sangat malu apabila tengok sendiri alam sekeliling bertasbih.
Bunyi deruan ombak yang menghempas...
Bunyi burung-burung berkicauan....
Pohon-pohon hijau bergoyang-goyang.....
Dan sangat malu tika kami memegang pasir-pasir halus membayangkan dosa yang sangat banyak camtu...
Benarlah dengan hanya melihat alam, manusia mampu menangis. Bukankah itu menandakan kebesaran Sang Pencipta?


Walaupun penat, ibrahnya  dan ukwah itu sangat terasa. Bertemu dengan akhawat-akhawat local dan overseas. InsyaAllah cuba mengkreatifkan usrah....


Kata seorang sister


"Kadang-kadang mungkin kita rasa pemergian kita ke sesuatu majlis ilmu, program atau apa-apa seumpamanya mungkin cam tak best kita rasa, atau mungkin rasa tak nak, malas atau ape sahaja tapi andai kita berkorban untuk pergi, Allah mesti bagi something"

Pejam celik sudah hampir sebulan saya di rumah. Alhamdulillah seronok sebenarnya cuti lama.

Pertamanya, tentulah skill memasak saya makin bertambah baik sejak diberi mandat untuk ke dapur memandangkan si ibu sudah mula bekerja. Dari nasi goreng biasa sudah tahu mempelbagaikan nasi goreng(tu pun nak bangga ke?).

Sebenarnya saya ini seorang penakut. Haha... Bab kata orang, demi memenuhi tuntutan dnT saya tegar untuk mengambil lesen memandu. Yelah nak ke USKAB-usrah kabilah takkan nak harapkan mak je yang hantar. Nak jemput akhawat dari jauh untuk pergi USKAB lagi. Nak berprogram semuanya lah tentu memerlukan skill memandu kan. Bisa sahaja boleh berubah menjadi fardhu ain kan. Alhamdulillah masih terus belajar dan belajar.

Dunia tarbiyyah pula tidak akan ketandusan walau di mana jua kita berada. Buktinya saya masih diberi peluang untuk join usrah, rehlah, program dnT walaupun berada di kampung halaman. Kalu tak dapat ini semua, boleh aplikasikan usrah online. Masih juga berkesempatan bertemu dengan akhawat-akhawat lain dan merasakan indahnya ukhwah. Kadang-kadang tak pernah bertentang mata pun, tapi cukup merasakan seolah-olah sudah kenal berdekad-dekad. Ukwahfillah.....

Dan insyaAllah kalau ada rezeki saya akan mula bekerja mulai minggu depan. Kerjanya apa jeng jeng... biarlah rahsia . Yang penting halalan toyyiba. Mengisi lopong-lopong yang ada agar karat jahiliah tidak terus melekat. Saya akui memang banyak dugaan untuk dihadapi sepanjang cuti ini. Dalam kenikmatan bercuti masih ada yang perlu dibimbangi agar tidak terus hanyut dengan karat jahiliah.

Waima bab-bab makan pun perlu dijaga agar tidak terus overdose. Seronok baca post in. Cite bab-bab makan ni, masih ada yang sudi ajak saya pergi jogging. Bab kata si akak, memang QAWIYYUL JISM( haha..tuntutan individu muslim sebelum pergi ke BM).

Tidak lupa juga, terima kasih daun keladi buat si akak sebab sudi hadiahkan saya buku para sahabat. Siap 2 jilid lagi dia bagi. InsyaAllah nak khatam kisah para anbiya. Supaya dapat tahu siapa pemegang panji Ansar Muhajirin, siapa yanng paling berani...keunikan masing-masing supaya dakwah fardiyyah terus terlaksana bukan sekadar tahu siapa pelakon filem Nur Kasih je.

Buat sahabat-sahabat di Ipoh dan Penang, harap kalian baik-baik sahaja. Ayuh jadi sang pencerah di sana!!!

Title sebagai anak sulong perempuan aka anak ke-dua sudah semestinya banyak tanggungjawab yang dipikul. Orang cakap anak kedua ini dikaitkan dengan air. Lembut, sensitif tak mudah panas baran dan apa-apa jelah yang sinonim dengan air(tapi tak tahu berapa percent je ciri-ciri ni ada dalam diriku,haha..10 %?) tapi dalam 'air-airnya' ada satu sikap keras. Ini adalah hasil perbincangan aku dengan si akak yang sama status dengan ku masa dalam kereta + motivasi dr Fadzilah Kamsah kat Oasis.

Aku masih ingat lagi saat belum bertemu dengan dunia tarbiyyah, aku memang seorang pemberontak yang tegar kepada ibu bapa ku jika ada yang tak menepati citarasaku. Siapa lagi pemujuknya kalu bukan si abah. Bukannya menangis meraung tapi cukuplah hanya dengan sikap diam(berkurung dalam bilik, tak nak pi kelas dan tak nak makan).

Masih aku ingat masa tu aku nak duit untuk beli buku cerita dongeng tapi ibu bapaku tak nak kasi sebab tak mendatangkan faedah pun. Malah membuatkan diriku sentiasa berangan-angan menjadi puteri raja 'di kayangan'.Haha... Aku pun apa lagi kunci pintu bilik dan protes cakap tak nak makan tapi setelah dipujuk terus aku pergi makan. Siapa lagi kalu bukan abah yang bagi duit. Memang muka tak malu.


Abah memang banyak berkorban!

Hasrat abah sudah tentu mahukan pendidikan agama yang cukup untuk anak-anaknya dan sebab itulah semua adik-beradik ku mula ditempatkan di sekolah agama masa form 1. Ketika baru sahaja aku berjaya ditempatkan di Imtiaz Kuala Terengganu, aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di MRSM. Aku yang masa tu anggap bahasa Arab sangat susah terang-terang nak sekolah MRSM dan juga jiwa anak remaja yang nak rasa duduk negeri orang. Walaupun aku tahu ayahku berat hati nak benarkan aku keluar dari Imtiaz. Tapi dia korbankan hasratnya dan penuhkan impian ku.

Dan abah terpaksa melanjutkan persaraannya apabila ada di antara kami yang terkandas dalam pelajaran ketika membuat a-level, ditarik balik biasiswanya dan terpaksa mengulang balik program persediaan di universiti swasta. Siapa lagi kalau bukan abah yang terpaksa bertungkus lumus membiayai pelajaran.

Abah selalu nasihatkan anak-anaknya apabila ada di antara kami yang terlalu boros tapi lepas tu aku tahu dia mesti kirim juga duit. Ummi ku cakap abah marah-marah pun dia akan bagi jugak. Abah terlalu lembut jiwanya. Ummi selalu cakap "biarlah anak-anak hidup susah sekejap" tapi abah tetap kirim duit. Katanya takut si anak tak dapat makan.

Aku tahu aku memang tak rapat dengan abah. Mungkin sebab aku anak perempuan kot. Semua ini ummi yang ceritakan. Aku cuba je control macho bila ummi perihalkan semua ini(padahal dah sebak terus diam cam takde pape).

Kalu nak diceritakan banyak sangat pengorbanan abah yang tak terkira namun biarlah aku coretkan apa yang paling berkesan di hati. Moga menjadi ibrah buatku agar aku tak lupa diri dan sentiasa ingat titik peluh abah membesarkan anak-anakya.


Untuk itu abah,


SELAMAT HARI BAPA!

Akak sentiasa mendoakan yang terbaik untuk abah dan berusaha menjadi anak yang terbaik.

Bila berlakunya hal-hal camni, banyak Allah uji kita....
Allah uji kita dengan prasangka.
Allah uji kita dengan sabar.
Allah uji kita dengan marah.
Moga aku beriman dengan apa yang aku sampaikan.
Moga semuanya selesai dengan cepat.